Review filem Happy Death Day

Hallu everyone!



Kegigihan melanda diri ini apabila aku kebosanan petang tadi. So, paksa diri pergi tengok cerita ni seorang diri walaupun aku ni adalah spesis sangat penakut. Hatta cerita hantu melayu bodoh-bodoh pun aku still takut.

Tapi disebabkan takde orang teman, dan plan asalnya nak tgk filem tumbirou tapi tadi paling awal pukul 5 lebih. macam tak dan je nak tengok. So terus amik Filem Happy Death day yang tayangannya pada jam 3.50pm.

Sinopsis cerita ni:

Pasal Tree atau nama panjang dia Treesa yang sering mengalami mimpi dan kejadian hari yang sama. Hari yang dia lalui itu adalah hari kelahiran dia. Setiap kali dia bangun tidur, dia akan melalui harian yang berulang membuatkan dia bersedia untuk sebarang sesuatu.

Setiap kali penghujung hari dia tu, dia akan dibunuh oleh somebody yang muka dia ditutup dengan topeng macam badut tu. Berkali-kali dia dibunuh dengan jalan cerita harian yang sama cuma adalah penambahan sikit, kalau tak bosan pula. Membazir je bayar RM9 untuk babak yang sama kan. Cuma dari dia bangun tidur sampai dia keluar hostel lelak tu, akan berulang kejadian yang sama.

Last, dia tetap akan mati. Sampai kan ada doktor kata luka yang dialami dalam tubuh tu sepatutnya dah menyebabkan dia mati bukannya still hidup. So, ada seorang mamat yang dia bersama malam tu suruh dia selesaikan kejadian tu. So dia nak tahu siapa yang bunuh dia. Tapi masih sama tetap berulang-ulang hari tu sampai lebih 10 kali.

Dia ada syak housemate dia tapi ternyata bukan. Bayangkan dia lari macam mana pun orang tu still dapat jumpa dan cari dia. Sampai lah satu hari dia ternampak berita tentang pembunuhan dihospital yang dia kena serang. So dari situ dia dapat agak pembunuh. Tapi bila dia dapat bunuh pembunuh tu, esok dia bangun masuk berulang kejadian.

"Hai, awak dah bangun" - Skrip mamat tu setiap kali Tree terjadi dari tidur.

So, masa tu dia duk fikir dan pelik siapa yang sebenarnya bunuh dia. Kenapa kejadian tu masih berulang dan dia tak boleh terima kenyataan tu. Time ni paling dia stress sekali sebab dia mmg yakin yang dia dah bunuh lelaki yang bertopeng tu.

Rupa-rupanya... pembunuh itu adalah orang yang bagi dia cupcake setiap pertengahan harian dia. So, siapa yang selalu bagi dia cupcake?

Kena lah tengok.

Rating : 7/10

Aku tak tahu lah samada aku jenis penakut atau cerita ni memang seram. Tapi ada babak yang macam biasa je, tapi bila start badut tu muncul je memang debar gila nak-nak hall besar and aku duk sorang je. Kejap-kejap toleh kanan. Almaklum ler, solo kennns.

Cuma; bila dah tahu siapa yang buat semua tu. Aku duk tertanya-tanya macam mana dia boleh bangun berkali-kali dan mengalami kejadian yang sama? mati 16 kali ? dan orang-orang dalam mimpi dia boleh hidup semula?

Thats all from me, thank you ( aca tengah buat presentation je ) hahaha

No comments: