Percutian ke Turkey ( Part 6 )

Halluuuuu ebeghiwannn!
Rindu pula nak update blog memandangkan kelas batal dan digantikan pada hari Jumaat dan alang-alang tengah throwback gambar-gambar lama. So, datang mood nak update perjalanan seterusnya di Bursa.


So, ini hari yang 5 atau 6 enggak ingat guwe. Tapi Kitorang duk Bursa dua hari satu malam jer itupun hampir-hampir badmood sebab pasal hotel dan juga-- ahh banyak lah masalah malas nak cerita. Sebab dah jadi kenangan pun. Bila kenang balik rasa lawak.

HOTEL GRAND HEYKEL
Tak ingat berapa harga dia sebab kitorang bayar sekaligus. Dan macam biasa dia charge per person. Hotel dia not bad dan owner dia baik je siap ada pekerja dia menawarkan diri nak layan kitorang jalan-jalan.Dan dorang sangat membantu. Ni include breakfast.

Dari Pamukkale kitorang naik bas dan akhirnya pagi jam 8 macam tu sampai ke station bas. Kemudian, amik teksi dan bergerak ke hotel. Dari station Bursa ke hotel lebih kurang 20 minit and paling geram driver tu tak tahu jalan tapi bajet macam tahu. Eii, geram sangat tak pasal-pasal harga naik. Huh! Mujur negara orang.

So, lepas bersiap petang tu kitorang keluar jalan-jalan sekitar situ dulu sebab masa dah pukul 2 macam tu. Kat sana jam 5 dah gelap kan? Ada pekerja hotel tu yang pandai cakap enggeris tolong bawak kitorang jalan-jalan, tukar duit dan sebagainya. Tapi dia tak bawak sampai habis lah. Dia just tunjuk tempat nak beli tiket ferry untuk ke istanbul. Pergh panjang gila mukaddimah.
Inilah pekerja hotel yang membantu kami untuk uruskan masalah hotel dengan pekerja. Sebab dorang tak tahu cakap english so mujur mamat ni adalah pekerja hotel bahagian pelancungan. So dia lah tolong settlekan segalanya. And dia juga bawak kitorang jalan-jalan petang tu walaupun dia menawarkan kitorang untuk guna van dia akan bawak jalan-jalan. Tapi mentah-mentah kitorang reject. Padahal sama je harga naik teksi pun. Haish, kejam sangat. Terkebil-kebil je esok tu dia tengok kitorang pilih teksi berbanding pilih dia.

BACA LAGI : http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/08/percutian-ke-turkey-part-5.html


Tempat hotel kitorang ni betul-betul dekat kawasan tarikan pelancongan. Memang betul-betul dekat Masjid cami dan lain-lain. Memang turun je hotel jalan kaki sikit, dan meriah dengan manusia sangat.

 Ini gambar dekat luar masjid pada waktu siang dan dibawah pula adalah gambar masjid pada waktu malam. Sebab kitorang takde gambar siang, budak laki je ade. hehe



Inilah gambar didalam surau, kitorang yang perempuan tak masuk sebab masa ni dah hujan so baju dah basah. Sebab dorang balik awal dulu. Tu yang sempat masuk. Kitorang lak jalan-jalan cuci mata tgk baju dan sebagainya. Masuk dalam masjid ni free je.

Ni nak gi train dia. Tapi sepanjang dekat Bursa tak guna pun train dia. Cuma nak sebarang tempat lain sebab tu kitorang guna stesen dia je. Nak beli tiket ferry.

Masa ni kitorang dah berpisah dengan lelaki. Sebab kitorang nak cari baju jubah and dekat Bursan ni murah gila nak matik, kain pasang pun boleh jumpa kat sini. Semua benda murah and perfume dia walaupun bukan original tapi bau dia kekal kot. Jubah dia yang cantik-cantik untuk winter jubah ke apa ke sampai 40 lira je. Gila murah betul!


Kalau dalam kedai 50 lira paling murah tapi design dia memang okay takdelah buruk sangat. Harga dia berpatutatn baju winter coat dia ya rabbi, sangat lah murah korang!
BACA LAGI : http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/07/percutian-ke-turkey-part-3.html

Mahal gak beli kat sini tudungnya, tapi okay lah kalau nak beli satu benda kat kedai bursan kan? Setakat sehelai tu okay lah. Tapi takde la mahal nak mati cekik darah termuntah-muntah.



Kat sini memang cantik, dan memang tempat kitorang tukar duit dekat sini. Bermula sini sampai la belakang-belakang tu jalan lah jauh-jauh camne pun, best. Negara orang rugi kalau tak jelajah kan.




Lepas tu malam tu kitorang makan kebab ayam je. Masa ni la ya rabbi, pening gila nak bercakap dengan orang turkey ni lah sampai terpaksa jadi lembut dengan ayam baru dia faham. Mana tidaknya, sebut chicken pun dorang tak tahu. Sampai terpaksa buat bunyi baru lah 'ahhh chicken.."

Doner tak silap namanya untuk kebab ni. Harga dia murah je 3 lira.


Ni masa ni duk amik gambar sebab memasing happy sebab terpaksa jadi lembu dan ayam semata-mata nak makan. Haha, sekali abang-abang tu ushar. Balik tu dia ajak amik gambar sama sebab nak masuk kan dalam instagram dia lah. Yuhuuu!

BACA LAGI : http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/06/percutian-ke-turkey-part-2.html

Yang depan tu baju merah tu boleh tahan, lupa nak tanya facebook dia apa. HAHA, dia tu lah yang gigih sangat tanya kitorang nak cili tapi x tau nak sebut. So dia buat muka pedas sambil gigit gigi. adoiyaiii.

------------

Esok pagi tu, kitorang ambil teksi. Gigih sangat nak juga ambil teksi berbanding abang yang membantu semalam sedangkan harga sama je wey. Dan kitorang dah ler kena ketuk dengan orang tu. Ya Allah dengan drama muntah-muntah lagi dengan hilang kuncinya lagi. Adoiiii

So, kitorang ambil teksi pergi ke Uludag. Kalau korang nak tahu-- kerajaan dorang memang dah letakkan untuk ke uludag memang dan ada harga dia. So tak guna meter ke apa ke jangan harap lah sebab memang setiap teksi dah ada kad kat situ. Kena tunjuk kat pelancung yang nak naik uludag harga fix untuk satu teksi.

350 lira tak silap masa ni kitorang gi. So termasuk sampai hantar ke stesen ferry untuk balik ke istanbul pula.
BACA LAGI : http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/02/percutian-ke-turkey-part-1.html

Asalnya gi uludag nak naik cable car tapi disebabkan salji turun pagi tu. Dan atas bukit cam biasa lah kan mesti lah lagi lebat salji tu. So, cable car tutup jadi kitorang naik open cable car ( tak tahu nama spesifik ) hahaha.Kiranya dia takde tutup pun memang angin duk menampar je muka kita ni.

Korang tengok gambar atas ni masa pergi cehh boleh la nak duk senyum lagi. Lepas tu time dah balik haaa kau berbalut satu muka tu wey. sumpah sejuk sampai rasa nak meninggal dekat atas tu weyyy. memang sampai tak nampak apa-apa. Sampai terfikir kenapa aku bodoh sangat naik atas ni. Dengan si Fahmid ajak tukar sarung tangan. Nak nangis kesejukan.

Muka ni memang dah redha je lah kesejukan but still nak bergambar tu tak leh blaaa. sarung tangan ada reben tak menahan. hahahaa

 Masa ni kitorang berkumpul sebab nak bagi tiket. Untuk naik atas ni murah je untuk orang luar negara dalam 10 lira kot tapi memang tak mahal pun.Kecuali kalau korang nak berski kat atas tu memang kena sewa baju peralatan tu mahal la.






Ni lah dia weyyy memang sejuk nak mati. Kat atas tu nanti ada satu kedai. Dia letak bara api macam biasa lah tapi kitorang kan dah sejuk gila so tumpang lah api dia tapi dia marah orang turkey tu tapi faham je sebenarnya dia nak sindiri kitorang. last2 xnak serba salah kitorang beli lah dua hot coklate daripada kedai tu. Dapatlah menumpang api dia demi mencairkan kulit tangan.

Disinilah bermulanya dugaan kami. Lepas dah main semua ni petang tu jam 3 kitorang punya ferry nak pergi istanbul. So, ontheway balik tetiba driver teksi tu aca-aca kereta rosak padahal kitorang rasa dia dah amik booking orang lain so macam tak sempat nak hantar kitorang.

Jadi, tengah jalan dia berhentikan kitorang tukar teksi lain. Sedangkan dia kata dia dah bayar dekat kawan dia so tak payah tambah apa-apa. Tapi memang dah agak dah, kalau dah sampai stesen nanti mesti driver baru ni minta gak kitorang duit. Kan betul!

Dia minta 20 lira, okay lagi terpaksa bagi.

BACA LAGI :http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/01/daytrip-dubai-transit.html

Sekali tu, sampai kaunter dia tak bagi kitorang masuk kat dalam tempat yang boleh panaskan badan kitorang ni sebab dia kata laut bergelora so feryy dibatalkan. Dah la susah gila nak faham dia cakap. Mujur dapat refund. Harga ferry ke istanbul lebih kurang 30 lira ya korang !

Jadi, orang-orang sini cakap ada lagi satu stesen ferry yang akan gerak juga malam ni. Yelah kitorang dah book hotel kot. So, dia kata kalau nak sangat gi naik ferry tempat lain. Nak nangis kot masa tu dah la tak tahu apa-apa. Kalau tak naik ferry malam ni juga kitorang nak tidur dekat mana.

So, setelah tanya-tanya orang, mujur dibantu.


Ni kawasan yang kitorang ditinggalkan sepi tanpa arah tuju. Kesian sehhh. So kitorang kena naik mini van untuk ke tempat sana. Tanya-tanya orang, dornag la bagitahu naik van yang mana satu untuk ke stesen tu. Naik mini van murah je dalam 2 lira je.

Ni pemandangan masa kitorang kena jalan kaki dari stesen nak ke tempat tunggu bas. Sumpah penat wey dengan banyak gila beg yang nak kena bawak. Ni kalau ada suami, boleh gak buli. Boyfriend pun takde , buli lemak je lah mampu.


Kat sini lah kitorang kena tunggu mini van dan terpaksa berebut dengan orang awam wey. Dan la sampai terpisah sebab berebut dan tak muat. Dorang lak jenis masuk je pintu terus tutup dan van pun bergerak laju.


Ni petanda masjid dekat area stesen ferry yang kedua. Tapi kena jalan kaki banyak lah nak masuk dekat dalam tu. hahaha. Masa ni duk tanya-tanya mujur dia kata ada ferry tapi pukul 5 petang. terus beli walaupun mahal sikit dari harga asal. Tape la asalkan dapat balik tidur atas katil.


Ni dia punya tiket mahal sikit lah total semua 42 lira lebih kurang.


Korang tak tahu perasaan kitorang bila gate dibuka je untuk naik ferry punya lah bersyukur sangat ya Allah tak tahu la nak kata macam mana. tengok muka mek ni bahagiakan dia? hahaha. lega sangat wey rasa lega urat-urat sendi yang tegang sejak tengahari tadi. Buang masa menungu je banyak.


Ni pula dalam ferry tu. Ada macam-macam jenis class tapi kitorang amik economy je uolls. Tak mampu nak amik business class. Dalam ni boleh bawak makanan, dan juga ada kedai makanan kalau uolls nak makan. Tapi kitorang tidur aje sepanjang perjalanan. haha ngantuk wey.

So, sampai je stesen dah malam masa tu. Kitorang pun dengan sejuk sebba masa tu istanbul salji juga malam tu. gigih sangat keluar sekali dapat teksi yang tak nak guna meter. Dia letak harga 20 lira untuk satu teksi. Dh la budak laki terpaksa duduk sebelah seat driver dua orang. hahahaa tak boleh go lah. Dengan gaduhnya dengan masalah hotel. hahaa lawak lah tapi serius rindu kot.

-------

Malam ni terus check in HOTEL LILY GONEN ISTANBUL
Hotel ni selesa dan best tapi not recommended. Sebab dah la takde selipar takde water heater untuk buat air ( ada ke patut dia suruh kitorang guna air panas yang shower tu untuk buat air tea?) Lepas tu takde pemanas bilik. ya Allah mati kitorang kesejukan.

Nanti update yang baru sepanjang dekat Istanbul pula.
Bye korang
Anything just email : aliaaliahmad.3003@gmail.com

Travel Partner To Perhentian Island

Hallo!

Assalamualaikum eberiwannnn-- 

Okey so bebaru ni aku ada pergi ke Kelantan. First tu sebab kenduri kawan aku kahwin. So, dah book flight with my travel pratner yang super duper cute iaitu Wardah bunga-bunga cinta.


Yeayyyyy! So flight booked-- 
Kitorang duk rumah kawan kitorang je iaitu Shuhada ( terimakasih santan ) untuk satu malam. Lagi satu malam duk hotel sebab dapat point tunetalk ( mari gunakan tunetalk ) flight pun redeem dari tunetalk jugak. 

Eh, terpromote pulak.


AIRASIA
( harga basic sebab lagi dua minggu nak gi )
KL-Kota Bharu-KL : RM170

So back to the topic--

Pagi tu flight ke Kelantan-- Gedebak gedebuk kitorang pergi makan dekat Nasi Ulam Cikgu Kelantan yang sangat terkenal kalau melancung kat sane. Tapi ingat guys, Nasi Ulam ni tutup hari jumaat tau! Jangan salah datang pula nanti.

Link : https://web.facebook.com/nasiulamcikgu/

Tapi ni honestly review eh, sekarang macam tak mantap sangat. Lauk tak banyak pilihan dan rasa tak aum macam dulu lagi. Tak tahu la kalau kitorang datang tak kena masa sebab masa tu kitorang datang kol 1 lebih kurang macam tu. Tapi harga masih murah dan berpatutan.



Ini lah mek dah kitew yang jadi driver sepanjang weolls dekat kelate. Tapi dah berpunya jadi jangan nak mengorat ya. Kawasan ni amcam kraf-kraf dan istana kejadah apa semua tu.


Yang ni dekat depan istana apa ntah nama dia lupa plak nak snap gambar. ini lah partner I dari hari pertama sampai hari ketiga. Partner yang baik rajin dan comel sangat. Tapi dah berpunya jugak. hehee

Disebabkan masa aku datang ni ada pesta wau antarabangsa. So kita ambil lah kesempatan untuk datang. Pesta ni berlangsung dekat Pantai Genting Tumpah Kelantan. Berlansung dari pagi sampai lah ke petang.


So tempat ni okay lah kalau nak bergambar. And mujur tak kena bayar. Kalau kena bayar , macam membazir je pergi. Tapi okay lah not bad ada banyak kedai boleh makan-makan. Pameran wau dia gantung je so korang gi la amik gambar.

So malam tu just rest je and gi beli barang untuk bawak ke Pulau Perhentian esoknya.

HARI KEDUA--

Pepagi lagi dah keluar rumah gerak ke Jeti Besut dari rumah Shu. Yang pergi ke Perhentian ni hanya aku dan Wardah sebab Shu baru balik dari Sabah so takde feel sangat nak main pantai. Lagipun kulit dia terbakar ( katanya lah ) 

8.30 pagi dah kena ada kat jeti besut weyy! Tapi kitorang gerak dari umah kol 8.30 so kau rasa kitorang sampai kol bapa? hahahhaa. Memang lambat lah kol 9.30 baru sampai wey. Sampai agent tu kena call tahu tak! 

Link : Instagram 
whatsapp 019 - 2527610 / 017 9158329

Note : Bagi aku agent ni tak leceh sangat sebab even kitorang datang lambat pun dia takde marah-marah ke apa ke. Dorang sempoi je call tanya kat mana and tunggu je walaupun patut janji 8.30 tp sampai kol 9.30. Kitorang tunggu jelah next boat. Lepas tu orang yang bawak kitorang naik boat masa snorkling pun baik giler peramah. sama dengan budak kecik tu rajin je layan aku yang x pandai berenang ni. So far-- untuk sehari memang takde masalah. Recommended. 

Korang boleh deal dengan dorang harga murah punya. Kitorang day trip dapat RM88 kira murah lah bagi aku. Tapi sungguh memang tak puas gi sehari. Sebab patutnya banyak check point tapi dapat gi 3 je wey. Dengan Wind Mill pun tak dapat gi. Sedih , dia suruh datang lagi sekali la maksudnya. 

So kat bawah ni bagi gambaran kecantikan tempat dia. Kitorang ke Pulau Perhentian Kecil aw. Sempat gi 3 check point -- Baby Shark - Turtle - White house ( kalau x salah dengar )














Masa ni dah otw jalan balik semula ke jety. Sedihnya tak dapat gi romantic beach sebab tak cukup masa. Last boat ke jetty pukul 4 petang. Masa tu pun dah pukul 4.15 petang. 

So -- malam tu dapat tidur tune hotel sebab guna point and pengantin sponsor duit sikit--. yeayy! 
Tidur tak ingat dunia wey. 

HARI KETIGA 

Ini barulah punca kenapa kitorang datang Kelantan. Pulau perhentian tu saringan je. Sebenarnya datang Kelantan sebab kawan kahwin. Dah mengandung pun dia, ni belah lelaki-- 

Sebelum gerak ke Putra Valley, Tanah Merah. Kitorang singgah tempat lama belajar. Disini kasih pernah berbunga. Cewahhh... Dulu foundation dekat sini ah.




Ini lah pengantinya- yang menyebabkan kitorang datang ke Kelantan. Comel kan tapi tu la aku pelik kenapa aku sorang je gemuk padahal aku dah diet dah. hehee. Tahniah hakimah-- Moga kekal ke anak cucu ke syurga, ameen


 Budak ni tak padan dengan mengandung melompat. Aihhh... Sungguh lah..



Ni kat dalam airport Kota Bharu sebab lapar giler ttbe. 
Malam tu mujur delay so dapat tengok semi-final Malaysia dengan Indonesia. 
Byeee--