Resepi Maruku ketam

Assalamualaikum..

So harini disebabkan bosan dan hati mendesak untuk update blog. Makanya, petang tadi aku ada buat maruku ketam. Ini antara makana faveret dan wajib ada time raya sebab bapak aku suka and aku pon memang minat gila.

So dengan itu kita start dengan bahan-bahannya dulu okay.Untuk sukatan, terus terang aku katakan yang aku main agak-agak je ikut naluri. Ceeyy naluri tak boleh bla. Sebab aku jenis takkan buat something ikut sukataann

Bahan-bahan : 





  • Tepung Beras 
  • Tepung Jagung ( sunat ) 
  • Daun Kari 
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari 
  • Crab stick
Sooo.. step pertamanya adalah;


Korang kena buka lebbar-lebar ketam tu supaya senang nak hiris bagi kecik-kecik carik macam tu.


Then lepas tu boleh hiris-hiris dia macam tu. Jangan lah buat 1 layer je boleh letak 5 layer untuk cepat. Jangan besar sangat dan jangan halus sangat. Selepas potong halus-halus korang biarkan setengah jam supaya dia kering demi memudahkan masa goreng nanti. 


Selepas tu korang boleh satukan bahan-bahan atas tadi ( tepung beras, tepung jagung, daun kari, serbuk cili dan serbuk kari dalam satu mangkuk dan sebatikannya. Better pakai tangan dari sudi supaya sebati.


So ini lah hasilnya nanti lepas korang dah gaulkan jejari stick scrab dengan tepung yang telah digaulkan sebati.


So masa untuk dimasukkan ke dalam kuali untuk digorengkan. Dia akan kembang jadi macam keropok lepas tu dia akan nipis balik.


Goreng sampai kaler macam ni. Tadaaa dah siap dah maruku ketam. Mungkin ramai dah tahu tapi ini sekadar simpanan peribadi je. Tapi sumpah memang sedap sangat tak puas makan daripada tadi. 

Byeee semua :)

No comments: