Persedian ke Turkey

Ollaa!
Assalamualaikum semua,

So ya,
nak share kat korang persedian sebelum ke turkey apatah lagi kalau korang pergi masa musim sejuk. So guys, nak share sikit serba serbi berapa duit iolls habis untuk beli segala benda alah ni. Ada yang tak patut beli pun, iolls beli sebab teruja sangat.

So first ;

1- Passport 

Sudah tentulah passport penting kan? Kalau tak macam mana nak ke luar negara kan. Passport ni make sure valid 6 bulan taw. Jangan bawah nanti merona kemerahan lah kornag tak dapat nak bercuti.

2- Visa
Disebabkan pergi ke Turkey so visa tak diperlukan. Tak, maksudnya diperlukan tapi on arrival untuk rakyat Malaysia. Negara lain iolls tak tahu sebab kita amik tahu negara sendiri jelah. Visa free taw masa on arrival. walaupun plan pada awalnya nak ke jordan tapi gila ah rating duitnya. Perghhh, kalau ke jordan tak sure sebab ada yang kata free. Rasanya free kot.

3- Winter coat



 


Ni jenis winter coat kitorang beli. pink , hitam, blue. Mcm ni la jenis rupanya. Memang tebal sangat.

Ni pun antara paling penting kalau kau pergi masa musim sejuk. Gila kalau tak de ni mati kesejukan la korang. Aku masa gi Hong Kong pun suhu 16 pun menggigil kepala lutut sampai demam-demam beku. Bayangkan aku banyak lemak pun boleh kesejukan macam tu apatah lagi korang yang kurus kering cicak kubing tu. Please kena bawak lah segala benda alah tu.

Okay, winter coat ni aku beli dekat ezybuy je. Murah pun murah-murah dalam harga RM49 (include postage mcd bangsar ) Baju ni memang tebal and banyak-banyak winter coat kitorang pakai memang baju ni paling tahan and tak sejuk walaupun suhu cecah -9 masa tu. Walaupun harga dia murah tapi dia sangat berharga untuk kitorang sebab dia tak sejukkan badan kami.

Link : https://ezbuy.my/Product/Detail?url=https%3a%2f%2fitem.taobao.com%2fitem.htm%3fid%3d521153451000&src=10006

4- Warmer pack 
Aku tak pasti bagi korang perlu ke tak? Tapi aku sangat memerlukannya dan memang kami semua membelinya di DAISO dengan harga RM5.30 lah. Beli dua pack je. Ada dua jenis satu body warmer satu lagi hand warmer. Bagi aku paling berguna adalah hand warmer sebab tangan selalu sejuk berbanding badan.

5- Gloves & Stokin
Ini pun aku just beli dekat Daiso je, pilih lah yang jenis touch screen nanti senang nak ambil gambar. Kalau nak lagi baik, korang beli lah dekat kedai mahal-mahal. Lagi tebal dan tahan sejuk kot. Aku beli kat Daiso je dan alhamdulillah ada sejuk-sejuk sikit but still boleh tahan lah. Tapi bg aku glove ni memang pakai mahal ke murah ke tangan aku tetap beku. stoking  okay je sebab kat kaki tak sejuk sangat.

6- Boots
Ini aku beli dekat Q10 je dengan harga RM90++ dia tinggi and okay. Bulu dekat dalam tu memang selesa yang amat dan sedap je pakai. Masa snow pun tak masuk pun kat dalam sebb dia tinggi dan paling penting dia tak sakit and aku selesa gila pakai kemana sahaja. Hatta lenguh pun tak rasa sangat sebab kasut tu buat kita selesa and memang aku tak sejuk langsung bahagian kaki.

7- Mafla & Winter hat



Mafla aku beli dekat Ezbuy dalam Rm10 ( inlude postage mcd bangsar ) dan winter hat beli dekat daiso je. Kalau jenis pakai tudung terpulang lah nak beli ke tak. Tapi aku pakai tudung and aku beli. Semua benda aku beli termasuk yang sarung dekat telinga tu. HAHA tapi tu memang dah ada kat rumah aku sebab family aku jenis setiap kali pergi Cameron Highland mesti beli benda alah yang aca-aca dekat luar negara tu. Mafla perlu kot sebab nak tutup muka korang bila pipi mula membeku. Snow hat aku guna masa naik bukit uludag tu je sbb dahi aku dah keras sangat masa tu.

Link : https://ezbuy.my/Product/Detail?url=https%3a%2f%2fdetail.tmall.com%2fitem.htm%3fid%3d537942981998&src=10006

8- Sweater & Long John
Please make sure ada sekurang-kurangnya satu dalam simpanan korang. Bawak lebih lagi bagus, untuk malam ataupun sarungan yang ketiga. Sweater sukahati lah nak beli kat mana-mana tapi aku beli kat AEON JJ je pun. Sweater takpe lagi, long john tu wajib.

Then, Long John, aku beli dekat Ezbuy + Q10 . HAHA memang aku dan kawan-kawan suka beli kat laman web sebab kitorang jenis malas nak keluar. Duduk depan laptop cari barang je. Pemalas kan? Long john aku beli  dua helai  dalam Rm35 include postage satu satu baju and seluar. Tak beli dekat kedai mahal-mahal sebab boleh tahan juga kepanasan dia untuk tubuh.

https://ezbuy.my/Product/Detail?url=https%3a%2f%2fitem.taobao.com%2fitem.htm%3fid%3d520057741359&src=10006

9- Luggage 
Sebenarnya aku ada luggage yang besar gedabak tapi disebabkan musim winter so aku punya tu jenis yang kain. So aku TERbeli yang jenis biasa tu, kalir air. Sumpah aku menyesal sangat tapi bila difikir boleh guna masa hadapan, terpaksa aku relakan. Aku habis untuk luggage dalam RM270 include postage.

10- Makanan 
Ya rabbi ini paling penting sekali. Gila lah kalau korang tak ada makanan, mereput la kitorang. Ceritanya bukan takde duit nak makan kat turkey tapi ceritanya adalah kitorang jenis cepat lapar walaupun baru lepas makan. So stock maggie dan makanan ringkas tu memang sentiasa ada. Beli lah biskut-biskut yang pack kecil-kecil tu untuk dimakan. Masing-masing bawa tapi share lah. Tapi kat turkey senang cari makanan halal, jangan risau sangat. Kebab ayam je 3lira. Jimat dh tu kenyang gila.

11- Botol air 
Untuk minum didalam airport masa transit ataupun masa jalan-jalan.

12- Money changer 
Kitorang bawa duit tak banyak sangat sebab dah bajet nak guna untuk apa je. Memandangkan duit Malaysia and Turkey tak jauh sangat so legalah. Berpandukan tips yang diambil dari blog lain. Tukar duit Malaysia ke Euro dulu then nanti dekat sane baru lah tukar ke Lira. Please tukar dekat istanbul sebab kalau kat capp memang mahal gila.

13- Dubai 
Takde kupon makan and plug dubai sama macam malaysia. Korang kena sediakan 22 dirham untuk daily pass transport

14- Plug
Make sure bawak plug universal dengan sambungannya. Korang faham-faham lah pergi ramai-ramai ni semua benda alah nak charge. Mana dengan gopro, henfon, camera, powerbank dll. So make sure bawak je. Sebab yang tukey punya tak sama macam malaysia

15- Hotel
Hotel ni banyak benda aku lepas pandang sebab tak banyak dekat blog yang share ataupun semua orang dah tahu ataupun aku terlepas pandang ataupun memang sistem macam tu. Tapi sepanjang aku travel beberapa negara, aku rasa mesir je macam tu. So ceritanya book hotel ikut kepala bukan ikut bilik.

Selama aku hidup dekat Malaysia, aku memang book ikut bilik. Kiranya lenjan lah satu bilik tu beramai-ramai sebab kitorang suka duduk sama-sama. Tak suka berpisah susah nak gosip. Hatta masa kat mesir pun bilik diasingkan kitorang still tidur sama-sama. Nampak tak kuatnya ukhuwah kitorang? Kahkah.

So guys, memang hotel ni lebih dr bajet sangat. Sebab kitorang memang tak tahu per person. So banyak duit habis kat hotel je. Hampir 100euro juga kena topup.

Orang hotel pon kekandang tak pandai cakap english.

Major hotel dorang include breakfast.

Untuk sebarang soalan ; korang boleh tulis diruang komen ataupun boleh email di aliaaliahmad.3003@gmail.com

No comments: