Travel Partner To Perhentian Island

Hallo!

Assalamualaikum eberiwannnn-- 

Okey so bebaru ni aku ada pergi ke Kelantan. First tu sebab kenduri kawan aku kahwin. So, dah book flight with my travel pratner yang super duper cute iaitu Wardah bunga-bunga cinta.


Yeayyyyy! So flight booked-- 
Kitorang duk rumah kawan kitorang je iaitu Shuhada ( terimakasih santan ) untuk satu malam. Lagi satu malam duk hotel sebab dapat point tunetalk ( mari gunakan tunetalk ) flight pun redeem dari tunetalk jugak. 

Eh, terpromote pulak.


AIRASIA
( harga basic sebab lagi dua minggu nak gi )
KL-Kota Bharu-KL : RM170

So back to the topic--

Pagi tu flight ke Kelantan-- Gedebak gedebuk kitorang pergi makan dekat Nasi Ulam Cikgu Kelantan yang sangat terkenal kalau melancung kat sane. Tapi ingat guys, Nasi Ulam ni tutup hari jumaat tau! Jangan salah datang pula nanti.

Link : https://web.facebook.com/nasiulamcikgu/

Tapi ni honestly review eh, sekarang macam tak mantap sangat. Lauk tak banyak pilihan dan rasa tak aum macam dulu lagi. Tak tahu la kalau kitorang datang tak kena masa sebab masa tu kitorang datang kol 1 lebih kurang macam tu. Tapi harga masih murah dan berpatutan.



Ini lah mek dah kitew yang jadi driver sepanjang weolls dekat kelate. Tapi dah berpunya jadi jangan nak mengorat ya. Kawasan ni amcam kraf-kraf dan istana kejadah apa semua tu.


Yang ni dekat depan istana apa ntah nama dia lupa plak nak snap gambar. ini lah partner I dari hari pertama sampai hari ketiga. Partner yang baik rajin dan comel sangat. Tapi dah berpunya jugak. hehee

Disebabkan masa aku datang ni ada pesta wau antarabangsa. So kita ambil lah kesempatan untuk datang. Pesta ni berlangsung dekat Pantai Genting Tumpah Kelantan. Berlansung dari pagi sampai lah ke petang.


So tempat ni okay lah kalau nak bergambar. And mujur tak kena bayar. Kalau kena bayar , macam membazir je pergi. Tapi okay lah not bad ada banyak kedai boleh makan-makan. Pameran wau dia gantung je so korang gi la amik gambar.

So malam tu just rest je and gi beli barang untuk bawak ke Pulau Perhentian esoknya.

HARI KEDUA--

Pepagi lagi dah keluar rumah gerak ke Jeti Besut dari rumah Shu. Yang pergi ke Perhentian ni hanya aku dan Wardah sebab Shu baru balik dari Sabah so takde feel sangat nak main pantai. Lagipun kulit dia terbakar ( katanya lah ) 

8.30 pagi dah kena ada kat jeti besut weyy! Tapi kitorang gerak dari umah kol 8.30 so kau rasa kitorang sampai kol bapa? hahahhaa. Memang lambat lah kol 9.30 baru sampai wey. Sampai agent tu kena call tahu tak! 

Link : Instagram 
whatsapp 019 - 2527610 / 017 9158329

Note : Bagi aku agent ni tak leceh sangat sebab even kitorang datang lambat pun dia takde marah-marah ke apa ke. Dorang sempoi je call tanya kat mana and tunggu je walaupun patut janji 8.30 tp sampai kol 9.30. Kitorang tunggu jelah next boat. Lepas tu orang yang bawak kitorang naik boat masa snorkling pun baik giler peramah. sama dengan budak kecik tu rajin je layan aku yang x pandai berenang ni. So far-- untuk sehari memang takde masalah. Recommended. 

Korang boleh deal dengan dorang harga murah punya. Kitorang day trip dapat RM88 kira murah lah bagi aku. Tapi sungguh memang tak puas gi sehari. Sebab patutnya banyak check point tapi dapat gi 3 je wey. Dengan Wind Mill pun tak dapat gi. Sedih , dia suruh datang lagi sekali la maksudnya. 

So kat bawah ni bagi gambaran kecantikan tempat dia. Kitorang ke Pulau Perhentian Kecil aw. Sempat gi 3 check point -- Baby Shark - Turtle - White house ( kalau x salah dengar )














Masa ni dah otw jalan balik semula ke jety. Sedihnya tak dapat gi romantic beach sebab tak cukup masa. Last boat ke jetty pukul 4 petang. Masa tu pun dah pukul 4.15 petang. 

So -- malam tu dapat tidur tune hotel sebab guna point and pengantin sponsor duit sikit--. yeayy! 
Tidur tak ingat dunia wey. 

HARI KETIGA 

Ini barulah punca kenapa kitorang datang Kelantan. Pulau perhentian tu saringan je. Sebenarnya datang Kelantan sebab kawan kahwin. Dah mengandung pun dia, ni belah lelaki-- 

Sebelum gerak ke Putra Valley, Tanah Merah. Kitorang singgah tempat lama belajar. Disini kasih pernah berbunga. Cewahhh... Dulu foundation dekat sini ah.




Ini lah pengantinya- yang menyebabkan kitorang datang ke Kelantan. Comel kan tapi tu la aku pelik kenapa aku sorang je gemuk padahal aku dah diet dah. hehee. Tahniah hakimah-- Moga kekal ke anak cucu ke syurga, ameen


 Budak ni tak padan dengan mengandung melompat. Aihhh... Sungguh lah..



Ni kat dalam airport Kota Bharu sebab lapar giler ttbe. 
Malam tu mujur delay so dapat tengok semi-final Malaysia dengan Indonesia. 
Byeee--



Percutian ke Turkey ( Part 5 )

PAMUKALLE

So Alhamdulillah,
Sinan tolong belikan kitorang tiket dari cappadocia - Pamukkale naik Kamil Koc kitorang dapat 65 lira. Mungkin boleh dapat lagi murah kalau amik bus jenis lain. Sebab bas ni antara yang terbaik dekat Turkey and kitorang tak tahu ada lagi murah. Muahaha. Kalau tak , amik yang lain. Tapi Kamil Koc memang elok dan selesa dan sangat cantik berbanding yang lain.

Oh ya, ada wifi ya.

Link : 
https://www.rome2rio.com/s/Cappadocia-Turkey/Pamukkale

Untuk pembelian tiket. Tapi beli kat sana pun okey je. Sebab kitorang jalan kaki je pergi beli tiket tu. Tetapi letih sikit lah na.

So, esok pagi kitorang sampai ke stesen bus pamukkale. Orang-orang kamil koc akan sambut kita. Jangan lah risau, dia memang akan sambut kita bak bidadari indah pertama laksana jauhari. Haaa, membohong dah tu.  Tapi dia memang akan sambut kita dengan begitu ramah sekali. Beg kita semua memang ada orang angkatkan.

So, dia bawa kita ke pejabat dia. Konon-konon nak bagi kita rehat padahal dia nak promosi kan jalan-jalan kat pamukkale bawah Kamil Koc. Harga sangat mahal okey! Kitorang kena ketuk sampai 90 lira untuk jalan-jalan satu hari sedang kawan-kawan jordan kitorang dapat 60 lira je. Tapi anehnya kitorang setuju. HAHAHHA siot betul.




Lepas tu 90 lira campur siap bus dari pamukkale- bursa. Sebab kitorang tak tidur kat sini. Kiranya tidur atas bas je lah tapi ya Allah memang penat dan letih sangat. Sejuk nya satu hal lagi.

So, disebbakan itu, 90 lira.. haha kat atas tadi tak sambung. Dah bebel-bebel lupa nak tulis apa. So 90 lira ( kali ketiga ulang ) campur dengan 75 lira naik kamil koc first class. Okey, nak ceritanya bas dekat turkey ni memang sempit. Economy dia mcm bus2 antara bandar je. First class dia macam bus  besar yang kita kat Malaysia guna ni. tempat duduk luas. Cuma kat sini lagi okey sikit lah.

Sebabnya, dia siap ada tv macam dalam kapal terbang. Ada pelayan untuk makan makan dan minum ( ni semua class ada ) tapi untuk first class memang boleh tidur sandar turun kan tempat duduk sampai bawah lah. More selesa dari yang biasa. Kitorang setuju amik yang tu sebab fikir kitorang tak amik hotel. So alang-alang sedap sikit tidur kan luas.

Panjangnya bebel--

So akhirnya tergadai lah 165 lira hanya untuk pamukkale dan Omar adalah antara orang yang paling menyesal pergi sini. Dia punya merungut sebab rasa tak berbaloi tu. Tapi takpe, datang sekali seumur hidup kot.


Pagi tu, dia bawak kitorang kat ofis dia tempat lain. Ni lah tempat dia. Kitorang rehat kat situ sebab start jalan pukul 9 pagi. Lepas tu dia suruh kitorang makan kat sini.. Demi perut yang lapar.. Bapak anjing dia takutyaaa.. makan maggie je weyy sebab tak reti makan makanan dorang.



 Kitorang pergi makan solat rehat kejap. Lepas tu gerak.




Ni bukan muka pengedar dadah tetapi tour guide kitorang.

Ada apa dekat Pamukkale? Air panas yang lawa gilaaa tu.



Memula tu be like.. Seriously bawak kitorang kat tempat macam ni? Huarghhh ratusan hanya untuk tempat macam ni? Indah khabar dari rupa. Kenapa dalam google lawa gila tapi tengok depan mata tak lawa langsung. Frust sey masa ni. Tapi still amik gambar sebab nanti atleast kalau orang tanya. "korang gi pamukkale?" Ada lah buktinya kan..

Tapi sangkaan kitorang meleset apabila akhirnyaa....


Elok je turun dari van, kita akan disambut dengan batu bapak gedabak besar macam ni. Guys, datang jauh-jauh negara orang amik lah gambar batu dia. Kat Malaysia belum tentu ada. Kuang-kuang.


Ni kat pintu gerbang dia. Ada tiket kalau nak masuk. So kitorang bayar dah siap sekali dengan tiket lah tu. Just amik gambo je.


Tu dia tengah terangkan kat kitorang apa kejadah benda alah tu semua tapi bukan dengar pun. Sebab yelah dah la dia bagi masa bergambar kejap je. Malas nak dengar baik fokus bergambar. Bayar mahal oi!


Kan dah kata ceruk mana pun tetap bergambar walaupun batu tu macam batu nisan je. Tu pasangan honeymoon tengah bergambar. kahakahak.


Aku masuk gambar ni bukan sebab aku rasa gambar ni lawa gila tapi sebab aku terkenang kegigihan minat sangat masa ni cite Dilwale Shah Rukh Khan tu, aku gigih nak tiru gaya dia. Padahal tengok balik, pebende lah aku buat ni. HAHHA.


Masa ni rasa dekat Itally pulaks kan..



 Diranting-ranting usia-- Gituw, almaklumlah dekat Malaysia semuanya pokok subur-subur belaka kan..


HAHHAHAHHA weyy tak boleh blaaa. How gigih she is! HAHAHA sanggup memanjat semata-mata nak bergambar. Sorryy kak ecah.

Lantak lah orang nak kata asal boleh ceruk batu mana entah kitorang amik gambar. Sebab kat Malaysia takde batu macam tu. HAHAH yang penting setiap jenis batu kitorang snap.


KAHKAHAKAHAKAH-- Tak masalahnya mana satu batu mana satu tudung? HAHA


Kan dah kata asal pelik je boleh jalan je amik gambar dengan batu-batu ni.


Tempat air ni adalah untuk minum basuh tangan dan sebagainya. Kiranya dekat Turkey banyak benda alah ni terutama dekat Bursa. ( next entry ) . Maklum ler kat Malaysia takde ka. Baru aku perasan kali ni gambar aku tak banyak.


Ini kat dalam kawasan tempat ibu / punca air panas. Mungkin kalau korang masuk boleh siap dicicah dengan sos.


Sooooo sekarang tibalah saaat yang paling dinantikan. Awal-awal dah nampak benda alah ni. Teruja sangat jadi betul lah dalam google tu cuma disebabkan kitorang pergi musim sejuk so banyak air dia dah beku. Tapi masih ada serpihan yang masih ada dan panas suam-suam. 





Kalau korang nak tahu masa ni orang paling dekat tengah pose, so aku yang tudung warne warni amikkan gambar dia and orang sebelah yg berdiri tengah bagi arahan. Tak perasan masa bila mamat tu amik dari belakang.


Air dia memang lawa giler jernih nak mati. Tapi disebbakan musim sejuk so dia suam-suam lah. Tapi setiap kali pijak benda putih yang sejuk tu, kita akan cepat-cepat cecah air panas balik. Sebab air benda putih laluan tu sejuk gilerrr wey walaupun salji tak turun.


Masa ni memang dah tak tahan sejuk nak pijak benda putih coklat tu. Sebba nak jalan sini takleh pakai kasut. Kena buka takut licin and ada orang jaga. So setiap kali jalan, akan cecah kaki dalam air panas tu supaya lega.

Loveee from us. Geng travel dari dulu lagi. Bak kata Fahmid lepas ni nak gi memane kena dengan muka sama juga sebab memasing dah kenal perangai memasing. Mana yang dajjalnya yang Firuan yang baiknya semua dah kenal. Lols!

Soooo , habis kat sini, kitorang dibawa makan ke tempat yang mewah jugak lah secara buffet tapi mewah pun kau ingat aku boleh makan makanan dia? HAHA terpaksa lah ratah ayam dia saje sebab nak bagi kenyang. 

Lepas tu kitorang dibawa ke tempat jual batu zultanik dan juga seramik. Masa ni mana entah gambar ke kitorang ta amik gambar sebab dah malas. Tapi yang pasti just pergi tempat seramik je lepas tu dah balik tidur. 

And tour giude dia baik gila kasi hotspot internet dia. Then balik tempat rehat dia semula untuk tunggu van hantar stesen bus. Kat tempat pejabat dia dapat wifi-- makan-- minum tapi buat sendiri lah. Tapi dorang rajin je layan kitorang cumaaa tak puas sebab bayar mahal tapi habis before kol 4 kot. Frust gilerr..

Malam tu amik bus -- ke Bursa pulaks. 
Kat Bursa ni paling banyak drama hakhaks. 
See yeee next time ! love, xoxo