Review Salam Noodles

Alhamdulillah, dapat makan akhirnya

Bukan dapat makan SALAM NOODLES tapi sebab dari pagi tak dapat makan and akhirnya hilanggg kriuk kriuk di perut.

Sebenarnyaa  lepas meeting tadi, memasing tak makan lagi sebab cuti umum so kedai memasing time ni la korang nak tutup. Menyampah betul hakak !

So Kak Aisyah scroll fb then, she found satu page ni. SALAM NOODLES.

So kitorang pun buat keputusan nak makan sane lepas setup WAZE.

Tempat makan ni dekat cyberjaya uolls. Iolls dari UM Petaling Jaya terus pergi Cyberjaya around 30 minit juga sebab tersalah masuk lorong bagai kan.

Alhamdulillah, at last kitorang sampai juga. Salam Noodles ni milik cina mualaf. Mee tarik lah kiranya benda alah ni.

Harga kebanyakan mee kat dalam ni RM8. Korang boleh dapatkan nasi juga kalau tak makan mee. Mangkuk dia memang sangat besar boleh share 2 orang kot. Tapi kitorang melantak satu mangkuk sorang jer.

Keistimwaan kedai ni, air free sahaja. Apa sahaja air korang nak, nak refill ke apa kebenda ke semuanya free uolls. Jangan pengsan kembung perut sudah lah. HAHA.

So, aku order

Potato beef soup noodles

Gambar takde tapi apa aku boleh cakap daging , patato dengan mee dia sedap tapi kuah dia sumpah tak sedap sebab taste aku bukan taste benda alah ni. HAHA. aku memang anti sup cina. HAHA. Tapi aku tak anti orang cina.

Teka tak jodoh la beb.

Tapi aku suka satu menu dia ni. Kak Aisyah amik. Sedap kot and aku boleh telan and aku suka sangat benda alah ni.


Tempat dia sangat lah selesa weyy. Dekat dalam tu ada aircond bagai so korang boleh relax.

Lepas tu aku ada order spesis sate dia. Nama dia panjang bebeno tapi aku panggil sate je. Satu stick tu harga RM2. Panjang juga and besar lah juga.


Aku boleh cakap sate ni sedap. Mula2 bite bertama tu masin sikit lepas sedap rasa rendang-rendang sikit lah. Tapi daging dia empuk dan lembut sangat.


Okayyy ni bagi gambar supaya korang terliur sangat. HAHA. Ha... terliur tak? HAHA.

Details :
Waktu operasi : 11am - 10 pm
no tel : 03-8322 6885
fb link : https://www.facebook.com/salam.noodles?fref=nf
alamat : No. 42, Block 4810, CBD Perdana 2, Persiaran Flora,, 63000 Cyberjaya




No comments: