3 Mac 1924: Sejarah pahit Umat Islam [ Turkey ]


WAJIB BACA WAHAI ORANG ISLAM!!!
Tarikh 3 Mac bukan sahaja tarikh bersejarah untuk pelajar yang mengambil SPM. Tapi merupakan salah satu sejarah pahit umat islam
Siapa yang tidak mahu ke NEGARA yang begitu cantik dan menjadi idaman setiap orang. Tambah-tambah selepas cerita 'Istanbul aku datang' ditayangkan. Makin menggila semua orang hendak kesana.
Tidak kurang juga aku pun menyimpan hajat untuk kesana. Tapi pernah tak kita ambil tahu apa yang terjadi dengan negara TURKEY berpuluh tahun yang lalu.
Mari kita ambil tahu apa yang terjadi pada negara yang dulunya begitu gemilang dengan pemerintahan islam. Lihat bagaimana keruntuhan Turki Uthmaniyah.

Teringat kembali sejarah luka umat Islam melalui keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 mac 1924 dek perancangan jahat puak Yahudi pada ketika itu.Selepas itu munculnya seorang peminpin yang zalim lagi fasiq iaitu Mustafa kamal Atartuk yang memerintah kerajaan Turki bersandarkan ajaran sekular yang melampau.

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):
1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Maka ,bangkitlah wahai para pejuang untuk melihat kembali kegemilangan Islam berlaku dengan melaksanakan tugas-tugas menegakkan perkara-perkara kebenaran dan meruntuhkan nilai-nilai kebathilan.
Muhammad Syafiq bin Ramli
Pengerusi Majlis Tarbiyyah dan Kepimpinan Nasional GAMIS PUSAT 15/16
"Terus Melangkah Bersama"

No comments: