Bukan kali pertama dan akhirnya berjaya

Hari ni aku telah berjanji untuk berjumpa atau dating dengan girlfriends aku iaitu Hanan, Mun dan juga Pizah.

Actually ni memberi masa aku pernah cuba mengambil STPM sekerat jalan je.

So we start our journey ( la sangat ) dengan pergi ke Sekolah Sultan Muhammad. Sekolah ni adalah sekolah lelaki sahaja terbaik di Melaka. Nak masuk sini kalau tak ada 5A tak payah simpan perasaan nak apply la kan.

Tapi kat sini sebilangan kecil gegadis hanya 5% sahaja untuk golongan yang nak amik STPM tu. So itu sahaja untuk gegadis . Yang lain memang lelaki sahaja. Just imagine yang 800++ student boys. perempuan hanya 30++ macam tu je. Bukan 300++ ye tapi 30++

Oh ya, nasib baik aku pergi sekolah ni. Kalau aku tak join dorang mungkin sampai bebila aku tak tahu yang my 13years bestfriend(tudung oren) dan berpunya. I mean she already have a boyfriend. Menyampah tak cite kat aku nasib baik aku tak ngajuk

Back to the highlight story.

Lepas jumpa cikgu dorang yang super sporting habis, kitorang pergi makan dekat area situ. Lepas makan kitorang pergi masjid la nak solat dulu sebab dah zohor kans.


 Okay lepas tu kitorang terus bergerak menuju ke main point nya. Kitorang nak main kayak sebenarnya and aku memang tak suka main benda alah ni sampai aku kena paksa dengan tiga gadis ni.


Kita haruslah bergambar dulu sebelum kayak. Nasib baik masa kitorang datang ni cuaca baik punya. Seakan meredhai kami untuk main mende alah ni. Tak majuk atau nangis pun jauh sekali marah.

Ini yang aku nak cerita. Main kayak ni bukan kali pertama. Tak silap aku dah 3 kali kot aku main bende alah ni tapi aku langsung tak pandai main. Setiap kali naik tempat yang aku akan selalu tuju adalah ke tepian tasik. Aku mesti akan menuju kesitu.

Aku tak faham kenapa kesitu adakah kerana angin menolak tubuhku yang begitu ringan sekali. haha.


Masa ni kitorang dah berwelfie tenga-tengah tasik tu. Dasyat kau seriau mak nak. Masa ni aku tak power lagi naik main.

Nak jadikan cerita, kitorang tak sedar kayak kitorang ni dah nak sampai ke satu tempat yang agak bahaya apabila ktorang dah lepasi tahap dia.  Silap-silap boleh terbabas dalam lobang besar. Oh tidak ! Aku belum miliki cinta hati lagi. hehe

Tetiba penjaga tu datang kat kitorang suruh kitorang ketengah sikit. Ayat dia berbunyi macam ni.

"Dik.. Asal awak bergambar sampai tak sedar nak masuk lobang. Kalau awak masuk lobang apa pun tak jadi. Saya tak dapat nak bantu. Tengok lobang belakang awak tu kalau dia sedut awak"

Tiba-tiba tangan aku jadi menggigil bila dia cakap macam tu. Aku jadi sedar akal dan aku baru sedar aku kat tengah tasik n kalau aku jatuh.. Oh tidak ! Aku tak sanggup nak bayangkan. Aku takut.

Serta merta aku terus mengayuh dengan laju sehinggakan aku tak sedar aku mengayuh seorang diri dan meninggalkan orang lain dibelakang. Punya dasyat tahap ketakutan aku tu sampai aku boleh jadi juara kalau ada pertandingan kayak. Aku pun tak sedar sampailah member aku ni tegur.

"Pergh dasyat Alia. Tahap takut kau sampai kau dah maju kedepan. Laju gila"

Baru aku sedar aku dah tinggalkan dorang. So sekarang aku dah faham cara nak main kayak ni macam mana. kayuh kanan kiri untuk maju terus kehadapan. Untuk pusing ke kanan haruslah kayuh sebelah kiri dan begitu sebaliknya.


Muka dah mual kat belakang tu. Amboi gadis tudung pink tu takut terbalik je mende alah tu. Berat badan kau dah la dua kali ganda dari orang depan. haks.

So balik tu kitorang gi makan cendul. Yuhuuu. sedap and go back home.

No comments: