Perubahan selangkah

Nak berubah bukan senang.

Mula slow-slow.

First, aku tengah padam gambar dekat facebook, instagram yang entah apa-apa tuh. Rupa yang agak berselfie dan agak tak elok padam ler. Tapi apa pun masih ada gambar aku cuma start padam sikit-sikit mana yang nampak macam budak baru nak up.

putus hubungan dengan lelaki.

Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. Aku niat, aku dapat kekuatan dan aku dapat lepaskan seorang kawan lelaki aku yang selalu temani aku selama ni. Seorang yang aku ada post and kerap juga cerita pasal dia lately nie. Seorang yang kelakar tapi cuma seorang kawan walaupun aku akui aku suka dan senang berkawan dengan dia.

Cuma, mungkin aku masih terikat dengan hati aku.

Aku bukan nak setia pun, sebab aku tak minta.

Aku bukan nak tutup hati pun, sebab aku tak nak.

Aku juga tak nak lupakan dia, sebab hakikatnya aku terseksa.

Lantas, aku buat keputusan untuk lupakan semua kawan lelaki dan sapaan cinta monyet nie. Aku tahu hati aku masih tetap dekat dia walaupun dah dua tahun tapi sekarang aku nak lepaskan dia dari hati aku juga. Aku nak tumpu pada Allah, family, and future.

Seriously,

Aku buka tumblr and aku ternampak satu quotes yang buat aku tekad dan ada semangat nak berubah.

"She found Allah and lived happily ever after".

Serius k, hati aku tersentap and masa tu aku buat keputusan. Lepas ni aku nak didik diri supaya tak fikir pasal cinta buat masa sekarang. No man, no tears.

Slow-slow juga nak jaga aurat yang selama ni amik remeh. Banyaknya dosa aku.

Slow-slow nak lakukan ibadah dengan istiqamah.

Tak, aku tulis dalam blog ni bukan sebab nak bangga sebab aku pun bukan irine nadia yang ada ramai peminat. Aku tahu blog aku ni setakat seorang dua je yang datang jengok. Lagipun, memang dari hari pertama aku buat blog semuanya aku tulis disini.

Aku nak abadikan apa yang terjadi dan aku rasa dalam ni. Tak kisah tak berkongsi dengan orang lain asalkan aku berkongsi dengan milik aku.

Doakan aku mampu lakukan apa yang aku inginkan.

Aku ingin aku yang baru.

Sebenarnya aku sangat kagum dengan seorang sahabat aku iaitu Najah Abd Razak. Sebenarnya bagi aku Najah banyak beri aku kesedaran yang selama ni aku banyak tak sedar.

Jodoh akan datang sendiri. Percayalah Alia.

Lupakan kejap dan kejar impian kau. Semuanya semakin hampir. Kejar cinta Allah dan kau pasti akan bahagia. Insyallah.

*Terima kasih Cik Nadya Shafiqa sebab sudi edit blog. Terima kasih bebanyak. Terharu :'(


2 comments:

Cik nadya said...

suka entry nih!

jodoh memang ada tp kite kene berusaha.

hehe kite editkan simple sgt..

Inani Hazwani said...

berubah siki2 :) apa yang penting istiqamah dengan setiap perubahan yg kita lakukan :)