Sebelum berangkat ke mekah

Assalamualikum,

lagi duabelas hari aku akan bergerak ke tanah suci mekah. Alhamdulillah kerana aku dipilih oleh Allah untuk menjejak kan kaki ke tanah suci. Sebak pula.

Persedian so far buat masa ni okay. Malah aku terasa terlebih okay dah.

baju bawak pun tak banyak. Dua helai baju jubah sahaja dan dua helai baju nak duduk dalam bilik. Kirany baju cadang-cadang banyak nak beli dekat sana jerk.

Asalnya tarikh nak pergi Mekkah tu 25 april. Tapi disebabkan rombongan kami dicapurkan dengan kumpulan Kuala Lumpur, jadi dicepatkan ke 23 april. asalnya turun transit ke Qatar, tapi bila ditukar, kami transit ke Abu Adabhi.

Syukur sangat sebab dipilih pergi ke sana pada usia muda. Banyak sangat benda nak doa dekat sana. Impian terlalu banyak. hewhew.

Pesanan dari seorang sahabat, memang sangat terkesan.


\Hm, dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf pada semua orang samada saya kenal ataupun tidak. Aku ni pun hanya manusia biasa je banyak cacat celanya. hari ni minta maaf esok lusa buat lagi. Sorry.

Pada yang aku tak kenal yang ada rajin-rajin usha-usah blog aku dalam diam-diam ke kalau ada la. Kalau tak ada , haha perasan ler tu aku ni. Maaf bebanyak.  Doakan selamat pergi dan pulang. Insyallah.

'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: