pesta belon panas

Semalam pergi Pesta Belon panas. Niat hajat dihati nak naik belon panas tu sebab memang teringin sangat. Tapi disebabkan naik bas dan lambat, jadi tiket dah habis. Jadi tak dapatlah nak naik.

Disebabkan frust menonggeng sangat, maka amik je la gambar atas replika belon panas. replika la sangat.


Taraaaa. Frust tak dapat nak naik belon panas dapat naik yang tipu-tipu pon okay apa. Memang frust ah masa ni sebab tak dapat naik. Jadi kitorang pun jejalan je la dekat bahagian yang main air tu dengan kawasan picnic. Maka kami telah berpicnic disitu.

Tapi, sebelum tu kitorang naik perahu ala dondang sayang la sangat. Lepas tu baru la kami berehat makan nasi ayamas.






kami pergi bertiga je. Kemahin syok kau makan Alia. kalau tersedak tak sempat bernyawa baru kau datang akal. HAHA.

ada banyak nak cerita tapi malas sebab tak ada orang pun baca. Paling tidak aku buka aku baca balik sendiri. haha . kesian..

insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'