Kamu berdua, sudahlah !



Sudah-sudah la tu kau menyakiti hati perempuan.

Post ini tiada kaitan dengan diri penulis ini. Tapi ianya untuk semua orang yang rasa dia ada kaitan dengan post ini. Aku harap sangat kau terasa dan tolonglah terasa dan insaf la.

Aduhai lelaki yang baik dan ku anggap sangat baik,

Sudah-sudah la tu kau menyakiti hati perempuan, sudah-sudah la tu kau mempermainkan hati perempuan. kenapa susah untuk kau bersikap jujur? kenapa perlu kau melakukan hal ini? kenapa perlu memutar belitkan cerita?

Kalau kau tak suka, berbicaralah secara terus terang. Biarpun sakit, tapi lebih baik sakit kerana kejujuran daripada sakit kerana penipuan. Apa untung kau menipu semua perempuan? apa untung kau menyakiti dia? kau menggunakan agama demi kepentingan kau sendiri.

Semoga Allah beri balasan.

Aduhai wanita yang aku kasihi dan ku anggap sahabatku,

Berhentilah kau mempermainkan hati wanita. Berhentilah kau membuat temanmu takut untuk memperkenalkan seseorang kepadanya. Berhentilah dari kau merasa diri kau sempurna dan sangat baik. berhentilah melakukan hal itu. Berhentilah..

Kenapa kau suka memutar belitkan cerita? kenapa kau tak bicara yang jujur? kenapa kau tak terus terang? kenapa kau selindungkan semua? kenapa kau melukakan hati temanmu sendiri? kenapa kau bersikap kejam? Kenapa kau hadir sebagai teman kami? kenapa?

Kau yang aku anggap teman kini telah melukakan hati aku. Bukan setakat aku, tapi dia,dia,dia,dia,dia,dia,dia dan dia.. kenapa???

Ubah sikapmu kerana perlahan-perlahan aku sudah mula membencimu..

Ingat ! Dunia ada hukum karma.

Jangan meluahkan cinta kalau tak bersedia nak berkahwin. Jangan minta jawapan kalau hanya mahu bercinta Luahkan jika kau benar-benar sudah bersedia hendak berkawin. Allah akan memudahkan jalanmu..

Atas izin Allah..


'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: