Macam mengayuh basikal

Sememangnya tanggal 1 Januari aku telah melakukan sesuatu yang aku sendiri tak pernah lakukan sebelum ni. Aku tak pernah berterus terang pada keluarga aku tentang perasaan aku. Tapi kali ni Allah telah melancarkan segalanya dan akhirnya semua sudah sampai ke telinga mereka berdua.

Aku selamat dan berjaya berterus terang memberitahu mereka. Alhamdulillah , ummi menyokong dan mendoakan yang terbaik buat aku.

Ianya bukan mudah dan bukan susah sebenarnya. Kena berani hadapi kenyataan je.

sumber screenshoot

Cuma, kadangkala aku tertanya. Masihkah aku diberi peluang untuk berterus-terang pada empunya diri atau aku perlu diam dan tak perlu meluahkan lagi. Aku berfikir sejenak.  Adakah dia sedang berbahagia bersama orang lain tanpa perlu kehadiran aku. Adakah luahan aku suatu hari nanti akan menemui kata 'gagal'

Aku sendiri keliru.

Aku tak pernah penat. Bak kata dalam novel 'kalau jodoh tak kemana'. Perjalanan hidup dalam menyukai si dia ni umpama kita naik basikal. Kayuh punya kayuh, jatuh lebam luka. Lepas tu kita tak serik dan terus kayuh basikal tu balik.

Kenapa aku tak pernah serik walaupun dah banyak kali dapat negetive hint dari dia. Aiseeyy, mungkin sebab aku ni terlalu bodoh nak menunggu kot. Berangan tinggi melangit, bila-bila je akan jatuh gedebuk. Masa tu baru nak datang akal.

Tapi itulah yang sedang jadi sekarang. Sakit hanya datang saat dan ketika berlaku sahaja. Seiring dengan waktu maka sakit itu pun pergi membawa diri. Maka aku gembira semula menjalani hidupku semula sama seperti biasa.
Sumber screenshoot

Oh ! sakiit sekali. Sama seperti teriknyaaa matahari. Itu adalah kamu.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: