Tamat muntada arab M4S4

Finally..

Kali pertama kot.. kali pertama guwa datang dewan awal Tengok.. kerusi pun kosong weh . Awal sangat.


Entah apa la si gossip girl ni tengah bergosip. HAHA . jangan-jangan.. tuttt. Tengok mata Madiha tu. Entah siapa la dia pandang tuuu oi !

Berakhir jugalah Muntada bahasa arab kami tuuu. Syukur gila k even aku punya dialog takleh panjang mana. Alaaa... setakat cakap sebaris je tapi duk tonjol muka every scenes.


Haaaa.. takboleh blaaa la dorang nie. Yang lelaki tu dah macam ahli nasyid rock ler pulak kan.

Rasa macam sedih je semua benda sem empat ni. Alamaklumlah sem akhirkan. Entah jumpa lagi ke tidaknya lepas ni. Allah je tahu kan. Tskkk. Tsskk.

Ni benci ni kalau dah rapat sangat. Hati rasa sedih dan pilu je kalau nak tinggalkan dorang nanti. Hati lembik jugak kau Alia oiii . Terbayang kalau nenanti pandang gambar lelame, teringat zaman bodo-bodo aku dulu. Mesti akan nangis. Makkk aii .

Hari ni ada beberapa orang yang berpuasa. Awalnya aku memang ler nak sesangat ler nak puasa kan. Tapi.. HAHA .. aku rasa nak muntah pulak perut kosong. Cis ! alasan jer tu. aku pun bukak ler.

Hari ni kitorang ada iftar sesameee k.

Aku pun tak tahu motif dorang buat macam ni. Asalnya aku nak snap gambar dorang tengah buat kerja. Barulah nampak macam rajin sikit. Tapi dah dorang gasak buat macam ni. Aku amik je la...



Sepatutnya gambar ni yang last. Sebab masa ni dah nak balik. Dah berpisah jalan pun dengan lelaki. Tapi tetiba nak bergambar lagi.


Masa ni makan lah makanan yang sendiri beli. Takdo orang sponsur pun tau. sobs sobs. Sedihnyaaaa. Tapi..tapi.. Dak Nasuha belanja koktail dengan buah-buahan. Dah Anis tu yang depan sekali pegang kek tu dia belanja kek.

Lepas tu, kalau tak silap aku Mustaqim belanja roti john. Kalau aku salah.. senang kata semua ikhwah kelas aku la yang belanja roti john tu.


Kami semua bersusah payah untuk tampil putih di waktu malam. kami semua sedaya upaya kelihatan cantik dan paling terkehadapan. Tapi.. nampaknya nasib tak menyebelahi aku dimana aku kena duduk belakang sekali. Alahai nasibbbb.

Dalam reramai makhluk Allah yang handsome dan kacak dalam kelas aku ni, hanya tinggal 5 cowok aje. Waduh ! bisa pusing kepala guweee.

Harap Sem ni tade la gegeduh lagi kan. Lepas ni ada muntada untuk versi English pula kan. Kalau aku terbabit memang terbelit la lidah aku nak bercakap. Lidah kampung kan.

Majmuah Empat Semester Empat di Hati.

'isyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: