Selamat hari lahir ummi

Hari ini adalah hari lahir ummi yang ke-42. Muda lagi gituwww.

Selamat hari lahir akak ucapkan. Apa yang aku nak cerita pasal birthday ummi aku ni adalah. Biasanya walau dimana jua aku berada, aku adalah orang yang awal juga la wish. Kekadang tu kalau masa memuda dulu aku kat ostel, awal pagi lagi aku dah call.


Nampak tak betapa eksitednya anak dara Haji Ali ni? kiki

Nak jadikan cerita, aku sengaja je nak wish lambat hari ni. Bukannya lupa pun. Lagipun hari ni aku ngantuk mak ai ! bukan main-main punya nak tidur ni. Mata berat nak mampus.

Tapi tak sempat pun. Petang tu juga aku call ummi aku.

'asal kau tak ucapkan selamat hati lahir dekat ummi ? kau lupa la tu kan? biasanya awal pagi kau dah masej. aku cakap dalam hati, ni mesti dia lupa'

'Eh.. tak la. akak ingat je , cuma ngantuk gila. Eleh.. ingat akak lupa ler tu. Kang tak wish merajuk pulak'

Gelak.

Itu la aku nak cakapnya. Kalau kita dah biasa buat sesuatu, tapi alih-alih kita tak lakukan, mesti akan rasa janggal. Wakaka. takde kena mengena langsung pun.

Btw , selamat hari tua ye Ummi. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin.

No comments: