Seandainya mimpi jadi realiti

Apa dah jadi ni Alia ? Sekarang perangai makin melampau.


Hari ni bangun je tidur hati rasa macam lain sangat. Aku mula termenung. Entah kenapa mimpi yang aku dapat tu membuatkan mood aku terbang macam tu je. Pergi macam mimpi tu sangat menyakitkan.

Padahal..

Padahal pada aku mimpi aku tu sangat best. Mimpi yang kalau boleh aku nak sangat jadi kenyataan. Aku mimpi aku dah bertunang dan bakal kahwin dengan orang tu. Masaalahnya kenapa aku terus moody. Kenapa aku macam tak ada semangat je?

Bila fikirkan balik, aku rasa semua ini disebabkan aku terlalu memikirkan malam tadi. Sebelum tidur aku duk fikir apa kesudahan semua ini?

Aku takut.. aku takut kot nak terima sebarang hakikat atau kebenaran di kemudian hari. Allah ! takutnya diriku ini. Rasa macam tak kuat je.

Aku masih memikir lagi , alangkah bagusnya kalau mimpi aku itu mampu jadi kenyataan. Allah je faham perasaan aku masa dalam mimpi tu. Allah je tahu betapa bahagianya aku saat itu. Allah je faham. Andai sahaja ianya jadi kenyataan hanya Allah jua yang tahu segalanyaaa..

Ish ! bukan senang kita nak tahan rindu yang bertandang. Aku ni bukannya kuat. Bila aku terlalu rindu atau tak dapat tahan perasaan. Aku akan termenung je. Allah ! mana dia ?

kbaiii. Assalamualaikum.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'