Jejalan ke Terengganu

Kali ni cuti wa pergi jejalan menghabiskan duit k. Wa rasa kan.. AMK tu mesti sunyi sebab ramai giler kot takde. Yang pergi pogram BAKSIS satu,yang pergi UMKL satu, yang pergi jejalan satu. Ha kawww.

Kitorang pilih jejalan.


Masa nie baru sampai ke stesen bas Kota Bharu. Happy bebeno muka kau Seken. Minta tolong Raja Raihana dengan Sufi yang hantar kan.

Sesampai je rumah Ukhti (Tempat penginapan 5 star) dalam jam 9.30 malam macam tu. Ayah ukhti belikan burger. Mak ukhti jangan cakap ah ! memang cun k. Tapi burger tu tak cukup pun. Lamar gedepek lagii. Makanya malam tu operasi masak cincai bancai pun bermula.

Menu malam tu adalah sambal telur ayam petai. Kita canpur semua tu dalam satu lauk. Whoaaa

Perjalanan tu bermula esok harinya.


Memasing muka kemahin Happy lagi ha. Almaklumlah nak berjalan siapa tak suka kan?

First sekali kita pergi beli tiket dekat stesen bas. Lepas tu kita ke Pasar Payang untuk menghabiskan duit yang sedikit tu. Tiba-tiba pula dengan biasiswa dah masuk. Tak ke lagi jadi masyukkk !


Masa ni pepulak baru habis jalan ke pasar payang. Lepas ni kitorang nak jalan kaki k, jalan kaki ke bukit puteri. Memang boleh kurus la aku weh kalau jejalan hari-hari. Semput.


Muka kenalah ceria kan sebelum nak daki bukit puteri tu. Ha ! daki la sangat kan. muntah terbelelah je la kan. Alahaiii.


Tolong fokus dekat gambar baju oren tu. Sebenarnya dia tu la mangsa gambar. Dorang nak ambil gambar dia dari jauh. Datang aku tetiba buat macam tu. Dah terfokus dekat aku pula. Layaaan


Masa memula nak amik gambar tu, aku fikirkan nama pondok ni adalah pondok CENTA. Rerupanya namanya pondok GENTA.


Tempat raja bersemayam. Gitttuuu. Semayam la sangatkan. Dah aku memanja sungguh dengan Masulan sem empat nie. yawww


Walaupun kita berjauhan, namun aku akan selalu teropong dirimu dan tahu keadaan serta khabarmu meskipun kau jauh berbiu batu. Gituwww


Habisss. Lepas uh kita gi beli KFC dan makan di Pantai Batu Buruk. Jelingan maut dari kak cik. Takut.


Masa naik kereta kuda ni, aku dah berangan. Aku cakap dengan Seken, kalau aku kahwin nanti aku nak guna kereta kuda ala-ala pwincesss ni . Belakang tu ada kompanggg. Kelasss kau Jah.


Teringin nak jadi model dedulu. Tapi berat terlebih pulak. Aduii ! pening la macam mana nak kuruskan badan balik. Stress wa.


Singgah kejap ke masjid terapung. Semua ini keinginan Jie. Tersenyum lebooo dia. Kiki.


Alaaa Jannah. Pikah bukannya ada abang lelaki pun. Takyah la mengada nak tunjuk rajin. Kiki. KIta singgah kejap ke rumah Pikah.



Dari jauh ku sudah lihat kristal sudah menjadi emas. HAHA. Kitorang pergi Masjid kristal terakhir sebab kat situ la tempat tujuan utama Ukhti ajak kami.. Majlis selawat Nabi.


Back. Gambar diambil dari belakang saje mengade sebab dorang jalan laju sangat. Dah nak balik dah masa ni pun.


Cukup ! kena la amik gambar semua dan reramai jugak kan. Puas minta tolong adik sorang ni. Akhirnya dia bersetuju jugak. Gituuu



Okay . Dah siap nak balik dah rumah. Sebelum tu ummi Ukhti masakkan nasi ayam untuk kitorang. Sedap tol tau ! tak tipuu ! Terima kasih.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: