Dugaan berantai

Syukur gila Muet dah selesai.

Fuh... Lepas nafas.

Mula-mula.. Kawanss. Tolong klik iklan nie jap. Tolong je. LINK 1 LINK 2 LINK 3

Untuk pertama sekali, terasa hari tu macam banyak giler dugaan. Memang la dalam hidup ni tak sah la kalau tak ada ujian kan. Tapi la kan, aku rasa hari tu memang gilak ah penuh.

Pertama:
Aku memang tak ingat langsung yang Muet untuk 3 paper tu dah dekat sangat iaitu hari sabtu 23 Nov 2013. mati-mati aku ingat lama lagi. Dasar tak sedar diri kau Alia. Cuti Midsem kau nak, tapi Muet kau tak nak?

Kedua:
Malam sebelum nak exam tu, aku memang tak ada mood habis la. Bukan aku sengaja,tapi aku penah seru semangat,tapi dia tak nak mendekati. Kesudahannya aku main la game plants vs zombi. Gituuuu

Ketiga:
Janji kata bas datang sebelum pukul 7 pagi dah kena ada dekat laman. Tapi sampai 7 setengah , batang hidung bas pun tak nampak. Nak buat macam mana ni? perut dah la sakit. memang lambat. Kalau aku tidur pun sempat lagi tauuuu.


Keempat:
Ni pula ujian masa nak jawab periksa untuk reading. Korang faham-faham je la sendiri soalan reading tu macam mana kan? nak kena baca petikan dia satu hal, soalan dia lagi satu hal. Memang gasak ah. Aku punya la mengantuk tahap gaban sampai memang masa soalan last-last tu aku dah tahap pasrah gila habis la. Aku redha je dengan apa yang aku jawab. Sebab aku bebetul tak tahan gila kot. Bukan main-main.

Kelima:
Setel..soalan writing alhamdulillah... Aku tak kata senang, cuma aku masih mampu buat sedaya aku. Cuma.. ha.. cuma masa listening tu alahai dia buat hal pulak speaker ni. Kesudahannya, kitorang dapat dengar 3 kali story tu. Syukur.. itu pun masih tercengang-cengang nak jawab.

Bayangkan suara dia tetiba jadi garau. Memang tak ah aku faham apa dia sedang cuba sampaikan. ditambah pula dengan budak macam bagus dekat area aku tu. Budak lelaki tu, aku ingat jee kau. budak lahir tahun 1995. Nasib baik adik tau. Memekak je, orang dah la tak dengar listening tu, dia pulak main gesek-gesek kaki dia. Apa dia ingat aku suka apa? Pirahhhh.

Boleh pulak masa dah soalan akhir-akhir untuk listening tu, hujan turun berderu. Booom. Adui ! tak dongar dan tak faham pulak den penutupnya. Akhirnya aku tahap redha buat jawapan sendiri.

Keenam:
Tak habis sampai situ. Kiranya kitorang habis exam lambat la. Dalam jam 1 petang. Jadi aku bajet bas dah sampai ah masa tu, sebab kitorang kan dah keluar lewat. Rupanya tidak ! tidak sama sekali ! Argh ! stressnya aku terpaksa tunggu. Dah la hujan.

Bila hujan berhenti maka aku dan kawan-kawanku bergerak la keluar dari sekolah duduk di pondok bas stop. Duduk kat situ sebab nak teduh hujan renyai-renyai berbahasa tu.


Nak jadikan cerita.. tiba..tiba.. shuuuuu. Hujan turun dengan lebatnya sekali. Hujan turun dengan angin yang cukup kencang seperti berada dalam spin mesin baju. Ayat hiperbola gila kot. Memang hujan habis ah. Apa lagi, siapa yang duduk tengah dia la terselamat dari hujan. Aku selamat sebab tengah tepi la. Tak selamat juga sebab belakang aku basah.

Memang masa tu kenangan gila ah. Bayangkan kitorang yang ramai gila sesak ni duduk didalam satu pondok  bas yang sangat kecik. Gasak la kauuuu.

Ketujuh:
Bas sampai juga tempat pada jam 2.10 minit. Okay la tu.. tahap redha je. Masuk-masuk dah la kena berdiri. Alahai cik kak. dari pagi tadi aku kena berdiri. Masa berdiri tu, aku sandar ah dekat satu kerusi. Budak ni pulak pergi gerakkan kerusi tu kedepan, aku yang tak perasan ni hampir-hampir tergolek dekat depan.

Naasib baik weh.. nasib baik sempat pegang. tapi mulut aku memang dah jerit sepenuh jiwa raga ah. terus duduk aku, tak diri lagi. takut aku terjatuh dekat junior tu. dah ler lelaki, nasib baik adik :p


Kelapan:
Nak pergi angkat sembahyang.. boleh pulak ada pakcik betul-betulkan wayar dekat depan bilik aku. malu la nak keluar. dah la ramai kot. Aku dah la lambat ada temujanji dengan orang. HAHA. laaa sangat.

Kesembilan:
Kereta yang aku sewa dengan mamat cam bagus je perangai dia , sedap hati dia je nak batalkan saat-saat akhir lepas tu alasan dia sebab orang lain nak guna balik Ganu sebab ada hal. Ek eleh ! bagi ganti rugi ah. Kau ingat kau je ada hal ? Aku?

Dah la pergi tempat tuju tu sesat bagai. Kena balik pulang kereta. Nak cari kereta tak jumpa, akhirnya jumpa tapi kereta..ehem.. faham-faham je la. sebab mamat tu, semua kerja aku tak selesai tau. Sakitnyaaaa hati lahai.

Masa dah sampai destinasi. Dah turun nak balik dah. boleh pulak pintu tak boleh nak bukak. Kunci tu tak ngam. Puas cuba akhirnya baru teringat pintu sebelah pemandukan boleh cucuk pintu. Adui !

Kesepuluh:
Kali ni tahap pasrah dah. kitorang berhenti makan dekat Pizza kubang kerian. Kitorang gi kenduri kahwin, tapi tak kenyang makan. hehe. jadi berhentilah makan Pizzah.

Aku rasa ni la baru nasib aku baik sangat masyaallah. Aku jumpa seorang mamat yang kerja dekat situ yang mukanya sebijik sebotol sebuku sebentuk macam muka dak teeet. Dengan senyuman, kulit dia..mata dia.. cara pandang dia.. mulut dia.. ya Allah.... bergetar jantungku.. over.

Masa tu rasa.. oh.. tak apa la dugaan sebelum ni. at least dapat lepas rindu tengok muka pekerja pizza hut ni. nak tengok muka tuan badan ,, susah. Aku susah nak puas. tengok muka mamat ni aku puas. sebab aku tak ada perasaan , jadi aku tak malu nak pandang.

Kesebelas:
Eh..Eh..aku ingat tu dah penutup dugaan. Boleh pula esok tu Jie cakap dengan aku yang I/C aku tertinggal dekat pizza hut tu. Amboi kau Alia.. kot ya pun terpana tengok mamat tu, tak kan sampai tercicir I/C kau. Eh.. ni bukan taktik aku ye.. memang tak perasan. Tepuk kepala.

Itu la kisah duka aku untuk hari sabtu tu..

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

Cik nadya said...

banyakkk nya dugaan.
da mcm novel. heee
sabar ye ^^