Cinta pada manusia


Tibanya Saat Menilai Cinta

Cinta adalah anugerah dari Ilahi yang begitu magis dan mengasyikkan. Lahirnya seorang manusia adalah kerana jalinan cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Tiada yang dapat menyangkal kehadiran cinta dalam setiap jiwa insani.


Perlukah cinta itu dinilai? Berapa pula harganya?

Cinta itu suci. Bagi mereka yang masih belum berpunya, mereka akan menganggap cinta mereka begitu berharga atau dengan erti kata lainnya ‘jual mahal’. Lebih-lebih lagi mereka yang belum pernah memberi cinta kepada sesiapa di dalam hidup mereka. 


Lebih lama seseorang itu hidup single, lebih mahal harga yang perlu ‘dibayar’ untuk cinta itu dirangkul sang pemuja. Tak hairan lah ada yang belum berkahwin hingga lanjut usia kerana mendabik dada dan terlalu memilih jodoh.

Ada yang menilai cinta berdasarkan selama mana perhubungan itu bertahan. Ada juga yang menilai dengan wang ringgit yang dihabiskan semasa dating bersama pasangan. Lebih ironik, pasangan yang menilai cinta mereka berdasarkan pertelingkahan antara mereka berdua; lebih teruk perselisihan atau cemburu yang terbit selama mereka berpacaran, semakin mahal harga cinta, selagi mereka masih survive dan bersama. 

Pelik bukan? hah! Itulah penangan cinta.

Usah sebut mengenai cinta yang berkiblatkan paras rupa, ia stereotaip. Cinta sebegini biasanya tidak bertahan lama kerana paras rupa hanya ibarat pembalut kertas hadiah hari lahir. Apa yang lebih penting ialah isi kandungannya, kertas itu pasti akan direnyuk dan dibuang sahaja. Rupa tidak akan kekal,kelak akan luluh ditelan usia. Hanya hati budi yang tulus menjadi hiasan yang abadi, hingga ke hari tua.

cinta itu mudah. Kau mampu menerima kekurangan. Kau melihat kekurangan bukan kelebihan dia. Kerana kekurangan dia cinta kau semakin kuat. Kerana kelebihan  tidak ada satu manusia pun akan menolak.

cinta itu mudah andai kau mudahkan.

No comments: