Beginikah caranya ?

Menulis kini semakin menjadi kegilaanku. Ikutkan hati , terlalu banyak yang ingin aku luahkan di dalam blog aku yang serba kekurangan ini. Tapi seribu kali hampir beribu kali telah ku fikir. Akhirnya ayat yang ku karang hanya dia biar terpadam begitu sahaja.

Aku tak mahu menyentuh sensitviti seseorang. Aku tak mahu membuat sesuatu yang aku sendiri tak suka orang memperlakukan aku begitu.


Benar kata orang , bukan semua benda boleh dilakar , ditulis , dikata dan diperdengarkan.

Beberapa kejadiaan yang berlaku , dan akhirnya menemui kemuncak membuatkan aku terfikir dalam tangisan ketika aku seorang diri. Benarkah orang tak menghargai kehadiran aku hanya kerana aku tak memiliki apa-apa kelebihan ?

Benarlah tu kot. Ada orang dihargai dan dijaga hatinya kerana bakti mereka diperlukan. Sedangkan aku? Aku tak punyai apa-apa kelebihan yang membolehkan orang memerlukan aku. Kerana itu aku hanya dibiarkan sahaja. Argh ! sakit sekali nak menelan kepahitan kenyataan ini.

Orang pernah cakap , bila kita berasa sakit hati dengan seseorang , itu bermakna kita pernah menyakiti hati orang lain. Normal ! kita manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan salah dan silap.

Ergh ! entah la. Mungkin perasaan terluka ini bertambah parah kerana tak pernah keluar sekali pun perkataan maaf dari mulutnya. Kerana selalu merasakan apa yang dibuatnya semuanya benar belaka sehinggakan orang lain yang bersalah.

Aku harus sedar dari awal lagi bahawa kehadiran aku memang tidak disenangi. Kenapa aku selalu memekakkan telinga , membutakan mata , mencacatkan hati ? Kenapa aku tak nak terima hakikat itu dari awal lagi ?

baru aku sedar , semakin kita merapati seseorang itu , sebenarnya kita semakin membiarkan diri kita berhadapan dengan penyakit hati .


Lepas ini , jadikan semua orang kawan biasa. Jangan terlalu rapat Alia. Kelak akan ada rasa sakit hati.Hargai pengorbanan mereka , tapi jangan biarkan diri kau terlalu rapat sehinggakan kau sering duduk sendirian menangis memikirkan kekurangan kau.

Alia ! be a strong girl . Berhentilah dari menjadi seorang gadis yang terlalu sensitif. keraskan hati ! Jangan jadi seorang yang lemah dan lembut hati . Jangan hanya tahu nak meleleh je !

Mendidik dan menyedarkan tu bagaus , tapi ingat ! kalau nak mendidik , bukan dengan cara menyakiti hati orang lain ! sebab benda itu hanya semakin akan membuat orang semakin benci dan keras hati. Mendidik perlukan kesabaran dan kelembutan. Kalau tak mampu berlembut , berhenti untuk mendidik orang dengan cara yang menyakitkan hati.

Setiap orang lain sikapnya. Kalau rasa diri tak mampu nak mendidik dengan lembut , lebih baik diam sahaja. Sebab aku tak pernah mendidik orang dengan cara yang kau didik.

Apa pun , Aku minta maaf pada yang berkenaan. Aku tak akan minta maaf secara depan-depan. Sebab aku hanya pernah sekali je dengar perkataan maaf dari mulut dia. Apa benda yang dia sakitkan hati aku , tak pernah dia minta maaf. Baginya cukuplah hanya sekali.

Berpada-pada lah pun kalau tak nak fikir dan jaga hati orang. Final exam semakin mendekat. Esok je pun. Hope i can do with my best. Aku tak nak bergaduh , cuma hati aku dah terlalu sakit.



'insyaallah , kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: