kerana salah faham

Kalau nak cerita pasal salah faham ni memang banyak sangat lah kisahnya , kadangkalah disebabkan salah faham tu la suatu hubungan yang dulunya elok kini semakin pudar.
disebabkan salah faham yang tak cuba untuk dileraikan maka, dua orang akan saling berjauh hati . sebaiknya tanya dahulu sebelum bersalah-salah faham nie.

Entry kali ini memang aku tujukan khas untuk sorang sahabat yang aku harap sangat dia memang terasa dan tahu entry ni khas untuk dia 101% ! Aku rasa aku telah salah faham terhadap dia. Tapi tak tahu la kalau sebenarnya aku memang tak salah faham.

Hentah la hoi ! memang la sejak kebelakangan ni aku memang agak dan asik-asik terasa hati dengan dia la hai ! mungkin aje aku ni bukan sahabat yang memahami kan, kan kan ?

Tambah-tambah lagi kan , ade satu malam tu sebelum cuti raya, aku sangat memerlukan kau, tapi kau langsung tak angkat call aku, tak balas masej aku. Masa tu aku rasa lemah sangat atas sebab 'perkara' yang aku baru tahu tu. Tapi kau tak layan pun. Sedih kot.

Tapi itu biarkan je la benda tu , sejak tu sampai la malam kelmarin kita tak bermasej atau bercall langsung kan. Aku agak ternanti-nanti la jugak masej raya dari kau. Alahai ! hampeh weh ! sedih kot.

Tapi takpe la , kata orang redho je la kan, kan,kan.

Sampai la bebaru nie, semalam lah kot kan, aku memang rindu nak mati dengan kau. Makanya aku telah hantar satu masej kepada kau berbunyi macam nie.
adakalanya kita cuba untuk menjadi sahabat yang baik, walaupun pada hakikatnya kita gagal untuk menjadi seorang sahabat yang baik

Aku harap kau akan tanya soalan yang sering kau tanya .. " alia, kau okay?" 

Tapi nampaknya balasan yang aku terima sangat berlainan dari apa yang aku harapkan dan apa yang aku anggarkan.

Hanya tiga perkataan sahaja weh ! sumpah ! menitis juga airmata aku. "siapa ni yea?"

Dengan perasaan sedih dan pilu aku terus balas "takpe la, sorry. salah no .kbaii"

Ha ! ini lah aku kalau mula terasa hati , terus kbaii , bukanya aku nak tanya dia kenapa tak tahu no aku ke, atau apa-apa je la.

Sebab dalam fikiran aku cuma satu, Ish ,dia ni dah lupakan aku ke, sampai no aku pun dia dah padam. Masa tu weh !, meleleh-leleh kot airmata aku nie. Lantak la orang nak kata aku ni jiwang sangat ke, over sangat ke, tacink yang amat ke. Ade aku kisah ?

Masa tu Allah je tahu apa yang aku rasa, seorang sahabat yang sering ade disisi aku saat aku berduka, yang sering tenangkan bila hati aku gundah, yang sering pujuk bila aku menangis, yang sering beri kata semangat setiap kali aku down, tapi bila tanya aku ni siapa?

Tersedu-sedan beb wa nangis ! bak kata adik bilik wa "kak Alia ni nampak je ganas, tapi dalam hati lembut dan lembik juga eh"

Opkos la youuu ! dont judge a person by her face. cece.

Masa tu macam-macam rasa yang datang mengganggu hati aku ni. Sakit hati kot , sampai la Allah ketemukan aku dengan satu post dari seorang senior ni dekat wall facebook dia. Baru la aku tahu yang aku telah salah faham terhadap dia.


Rupanya handset dia rosak, no hilang sebab tu tak kenal aku. Errr ! nak nangis rasanya . Sobs sobs.

Jahatnya aku nie, sampai memang aku dah pasrah tahap gaban la bila dia tak kenal aku. Masa tu aku dah tekad tak nak share apa-apa dengan dia lagi. Bajet merajuk la konon. Puih !

Betul lah, kalau kita memang salah faham, satu hari nanti Allah akan tunjukkan juga kebenarannya. Jadi jangan takut Alia, kalau benar 'perkara' itu hanya salah faham, kau pasti akan temui kebenarannya. Aku juga akan sentiasa doa agar 'perkara' itu hanya salah faham. Amin.

Aku memang dah salah. Sebenarnya bukan dengan dia je aku salah faham. Dengan orang lain pun kekadang aku salah faham. Aku minta maaf bebanyak  pada sesiapa yang sering aku salah faham.


bersahabatan itu bukannya hanya pada kelebihannya, tetapi juga pada kekurangannya. Janganlah kerana layanan baiknya  pada dirimu, maka kau selalu memujanya, namun bila sekali dia telah berpaling arah padamu, kau telah membuangnya.

Sorry to everyone. Yang tak tertulis nama tu, tapi aku pernah buat salah tu, sorry bebanyak terutama Farah aida , Najiha , Uknti  dan suatu ketika dahulu , Sufi :D kbaii

Inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama..

No comments: