Kempen BN di Kuala Besut, satu undi RM19,000


KUALU LUMPUR : bersih 2.0 mengutuk suasana berleluasanya kejadiaan pancing undi dengan dana awam yang dilakukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pada hari ke-10 temmpoh kempen pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut yang membabitkan peruntukan sebanyak RM 337 juta.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily , hari ini , badan reformis pilihanraya itu menegaskan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar , ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM 19 000 setiap satu

Bersih juga tidak menolak kemungkinan berlaku lonjakan amaun ini dalam tempoh tiga hari baki kempen sebelum hari membuang undi , 24 Julai ini.

Sehubungan itu, Bersih menyeru pengundi Kuala Besut untuk bebas daripada amalam rasuah memandangkan rakyat berhak untuk menerima dana pembangunan secara sihat.

Memandangakan kepentingan pilihanraya terus terjamin, Bersih 2.0 menggesa semua pengundi Kuala Besut yang tinggal atau bekerja di tempat lain untuk pulang ke kawasan mereka untuk mengundi bagi menghalang sebarang percubaan penyamaran di kalangan pengundi hantu dan mengundi bagi pihak mereka.

Sebelum ini , PAS berpendapat peruntukan sebanyak RM377.45 juta untuk projek-projek yang diumumkan kerajaan setakat ini jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK.

Sebanyak sembilan projek yang dijanjkan kerajaan BN , termasuklah projek mendalamkan sungai besut bernilai RM250 juta, membina pangsapuri empat tingkat kampung Lay Out bernilai RM10 juta, projek pembinaan Sekolah Menengah Alor Peroi Tok Saboh bernilai RM28 juta dan projek masjid terapung dengan kos RM12 juta.

Terbaru , kerjaan mengumumkan projek pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanam padi  di Pengkalan Nangka

No comments: