Berjalan sebelum balik Kelantan

Assalamualaikum youuu allsss . Apa khabar semua . kiki. Hari ni , petang tadi , aku pergi buang masa jejalan dengan adik sedara aku kan . Pergi tengok wayang , dan makan-makan sambil karoke. Memasingkan suara sedap.

key enjoy ye ! Sebelum masuk wayang jam 3.40 , baik penuhkan perut dulu kan .


okay . Ini adik sedare gua . Tudung hijau tu Hidayah namannya , sebelah tu Masitah .  Kami makan dekat chiken rice shop . Lapar giler.


Taraaa ! ini pula Amirah . Ini kakak kepada Masitah tadi tu. Key , dia yang ajak aku keluar siang tadi.


Taraaa ! ini pulak awek cun abad yang entah keberapa entah . Maklum lah keje dia asyik duk perasan je . Untuk pengetahuaan korang , aku sebenarnya pakai tudung kaler hitam .

Tapi entah mana datang air masa aku tengah solat . Habis aku solat je , aku tengok habis lencun basah la tudung aku . Jadi beli la yang baru . Dah la tak beriron .


 kahkah- menggigil punya pasal, lapar nak mati punya pasal , aku telah order dua jenis air . Satu air pepsi , satu lagi air milo.

Dan apa jenis makan entah aku ni. Sekali makan dalam satu hari , RM30 hengget habis . Masyaa Allah Alia oi, makan ke apa nie ?


laparnya memasing . Memang lapar habis dah nie . sebab tu sampai je terus makan . ngap !


taraaa ! ini mira dengan hidayah . entah apa yang mira pandangkan tu .


ni ! gambar ni kalau aku buat profile picture facebook msti ada yang menegur 'alia kalau bergmbar mst dengan makanan' . HAHA . nak buat macam mana . HOBI

Macam cun je gambar aku nie . Kenapa lah secara realiti aku tak cun jugak eh ? errr


Ni menonggeng-nonggek nak pilih lagu . Aku je la baring malas nak pilih . Hanya dua lagu je aku pilih, tapi satu lagu je sempat nyanyi .


Acecece . Sedap ke suara tu cik alia oi ? dan-dan je bernyanyi tu . Layaaan lagu jiwang la


laaa , pulak dah dua beradik ni menyanyi macam tengah putus cinta je . Lagi-lagi yang baju putih tu .


Yang ni pula tak mahu menyanyi . Katanya segan la konon kan . Suara tak sdap. Macam la suara kitorang sedap . Lagi macam katak ade la. haha . Zassss .

"Star trek into darkness" . Niat tak nak tengok cerita ni . Nak tengok cerita hantu 'rose chritsmass' . Tapi macam tak ade je. Layan , yang penting heronya handsome . haha .kbaiii

Berita baik : biar betul ?



Siang tadi aku ade post pasal berita baik dengan berita buruk ( la sangat ) . Berita buruknya aku dah story dah pun kan , kan , kan ? pasal mate aku kena repeat awal . huh ! kus semangat . 

Jeng , Jeng , Jeng . Berita baik untuk diri aku ni yang comel lote perasan nak mampus nie ha kan , Ialah aku bakal menjadi seorang ibu . coyyy ! haha . Tipu aje . Aku tak kahwin lagi, Ape la gila naw aku nie .

tettt . Tadi pagi tadi bukak email. Macam biasa la nak check kot-kot  la ade maklum balas dari pihak hotel tune yang aku book tu kan. Ye la, kan baru-baru ni dia cancle kan . Jadi nak tahu la perkembangan.

Trint .. trint ... Dapat email dari seseorang yang boleh dikatakan sambil tengok perkembangan tune hotel sambil tunggu email dari dia lah . Siapa tu ? Siti Rosmizah la. Korang kenal tak ? 

ala, penulis novel 'cinta kau dan aku ' andai itu takdirnya' , 'lafazkan kalimah cintamu' , '7 hari mencintaiku' , takdir itu milik aku' dan yang terbaru  ' curi-curi cinta' . Penulis gempak tu .

Aku bakal , bakal , bakal , bakal, bakal diserap menjadi penulis novel dibawah naungan SR publication. Menuskrip aku telah diterima . Syukur ! Hope ade sambutan .

Tapi aku kena la betulkan sedikit menuskrip tu balik. Salah ejaan kan . syok sendiri je menulis. Aku ni baru lagi, banyak salah dan silap tu tetap ada. Jadi mohon yang terbaik la.

Satu cita-cita aku bakal tercapai . Seronok sangat . Ini semua bakal tau , doakan lah yang terbaik. terkejut sangat dapat email dari pihak penilai menuskrip beliau. Syukur .

Penghargaan buat pengomen tegar

Assalamualaikum you alls . serak suara terlalak sane sini .  Penat , ummi dengan walid pergi ziara  ade pak cik tu sakit dekat Hospital Kuala Lumpur . Balik on blog , ade komen dar orang sama.

Maka dengan ini saya nak buat satu penghargaan dekat seorang pengomen tegar saya . Beliau sentiasa support saya , sentiasa bagi kata-kata perangsang dekat saya .

Apa yang saya nak bagi ni tak la besar anda gempak mana . Saya cuma mampu bagi topup RM5 . Jadi kepada Farah Waheda Wahid . Sila tuntut topup tu dengan saya disini > SINI < . Terima kasih sekali lagi.


berita baik vs berita buruk



Assalamualaikum . Saje santai nak update belog pagi-pagi nie. Syukur , syukur sangat . Asalnya memang mengharap keluar keputusan minggu ni before balik kelantan .

Tapi bila fikir balik, redho je la kalau tak keluar minggu nie . Alih-alih tadi buka email, dapat satu berita yang buat daku nak pengsan sepuluh kali je . Berita apa  ? nantikan ye lepas saya cerita dekat family saya dulu.

Berita buruk pula , sedap-sedap tengah tidur pagi tadi tiba-tiba ade orang call. heyyy you, panggilan tu dari UM tau , bukan nak berhentikan aku , bukan juga nak tuntut hutang . Tapi sebab kes repeat tu .

Dia just nak bagitahu yang repeat akan dibuat awal. dia tanya aku dapat surat tak. Aku cakap tak pun , makanya dia suruh aku amik surat nanti untuk repeat sub Matematik 6 Jun nie . Kenapa awal sangat ?

ergh ! act , bagus juga awal-awal kan , sebab nanti tak ade la pecah otak aku masa final exam nanti . Baru masuk sem 3 dah kena exam . HAHA . bagus sangat la tu . So, Najiha sila bersedia untuk ajar saya matematik ye . kbaii

budak tahfiz di majlis aqiqah



budak -budak tahfiz tengah qasidah untuk majlis aqiqah kakak sedara aku . err . cun . kbaiii
Published with Blogger-droid v2.0.10

muka makin teruk


Entah la .. Rasa stress sgt sbb muka makin teruk.. Aku sendiri tak tahu apa ke sebabnya.. Muka aku ni dah macam kulit katak..menggerutu gila.. Paling tak tahan . Gatal nak mati...macam mana ni ? siapa ade produk terbaikkk dari sawah ? tapi nak yg murah.la.. Ekeke..takdo duit .. Esok dah la kenduri ..malu la den nnti ..hehe.kbaiii
Published with Blogger-droid v2.0.10

gempak tengok fast and furious 6

Wewwiiit . Olaaa ! aku sepatutnya sekarang ni kena kemas rumah. Kejap la, nak update belog . Kiki. Tak tahan la.

Okay , semalam aku keluar buang masa dengan girlprenggsss aku . Asalnya aku dengan Hanan je , dia habis exam semalam STPM kan , jadi aku amik dia dekat sekolah. Lepas tu, dah nak dekat hari kejadian, aku masej dia tak on phone.

So, sebagai nak cover takut dia tak join . Aku ajak la bibil. Aku gi amik dia dekat taman krubong perdana. Huh ! khayal je bawa kereta semalam, nasib baik tak boom !


Lepas tu aku dengan bibil pergi la pulak ke sekolah Sultan Muhammad untuk amik Hanan. Nasib baik la dia tu jadi je. Hantar dia balik ostel tukar baju. Dah pergi . Giler gempak citer fast and furious6 nie . Untuk pengetahuan umum , aku ni tak minat sangat tengok cerita omputeh. Tapi aku layan la jugak, jadi ni kali pertama la aku tengok cerita tu .


Giler supergempak mempak nak meletop ! dah la best , gempak pulak tu . Cool je .tapi sayang lah girl yang cun melecun yang lawo nak mati tu , dia pun mati , aku tak puas hati, tapi aku rasa mesti dia hidup untuk filem fast furious 7 . sebab boyprengg dia kena langgar last tu . Aku nak tengok yang ke 7 punyaaa.

Jum nikmati wajah cun awek nie . Biarpun tak cun , ini satu doa. Mana satu boleh jadi cun kan.


Taraaa  !! masa ni dah habis makan kfc . Aku yang belanja tau . Bukan nak bangga diri cuma nak mendabik dada je . kiki


amik kawwww! muka selambak dah hanan nie . Penuh muka nie setepk ! tapi apa-apa pun cun kan awek-awek nie .


Me and Besrengggg 11 tahun tawww .


Taraaa! bil termenung ingat sape nie ? teringat boyprengg lama ke ? time nie tunggu hanan ke tandas sebab takut terkucil. dalam pawagan tu kan sejuk. Macam-macam hanan nie . kbaiii . demam fast and furious la.

Kebaikan epal hijau



Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. 

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah: 

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Umairah dah pandai mengaji


Assalamualaikum . Hari ni penat sangat . Sebab ye la , nenek aku datang kan , lepas tu kena la uruskan rumah kan . aku ganti ajar mengaji hari nie . Rindu benar aku dekat mereka. Ha nie ada seorang budak yang comel motel.

Masa dulu-dulu aku ajar Umaira nie , Memang bengang sangat . Baca iqra' satu pun susah kemain lagi nak lancar. Memang geram sangat dengan Umairah nie sebab dia susah sangat nak baca . Tapi sekarang Umairah dah terror tau . Dia dah baca iqra' 3 dah tau . Laju lagi tu dia baca . So cute miut nie yang berumur lima tahun..kbaii

Hanya duduk Mcd je ?

Hari ni aku merancang nak tengok wayang dengan akak aku la. Akak aku tu namanya Amirah. Asalnya nak pergi sekali dengan adik dia. Tapi adik dia tak join .

Kitorang nak gi tengok wayang dekat Melaka Mall. Ergh! macam hape je takde cerita best langsung. Bosan de!! akhirnya tak jadi tengok wayang. Cerita lama je ade. coi ! Kitorang gi makan lepak dekat mcd. Dah terhasut pulak nak install wechat la, semua bagai tu la. aplikasi yang guna internet tu.


Kesudahannya , berjam-jam aku dengan akak aku lepak Mcd . Bayangkan kitorang berhenti kejap pergi solat, kitorang boleh datang balik mcd tu sebab nak guna wifi nya, lepas tu cover sikit beli la satu aiskrim. Dalam tu pun sejuk. Kitorang duduk la terkekek-kekek gelak entah apa-apa je


Balik tu ummi tanya pergi mana je. Aku cakap gi mcd je. Ummi cakap berjam-jam , ko duduk situ je. ? ye la, bosan la . Haha . kbaiii . Cun tak ? Perasan lagi minah nie . Weh ! aku nak cantik lah !!!! faham tak ? kbaiiii !

Kak Ani Tunang

You Alls . Ada yang rindu aku tak ? Bajet macam budak hot je orang nak tertunggu-tunggu entry aku. Padahal semua orang duk berdoa je dalam hati agar aku tak update apa-apa. Kenyataan yang amat menyakitkan hati ini. Nmun ku telan jua.

Btw . Memang aku ni selalu ketinggalan zaman . Orang tu bertunang dah berzaman. Baru sekarang nie terkedek-kedek nak update . Ish ! lantak pi la . Paham tak yang laptop aku rosak memanjang je . Stress okay ! . Nak buat cam mano ? Tak kan nak hentak pijak-pijak supaya on kan . Masaalahnya ade ke insan yang nak mempersoalkan semua ni . HAHA . Giler syok sendiri aku nie.


Okay . Ini orang kuat dalam majlis pertunangan . Majlis pernikahan. Sebab hanya dia yang kretip dalam pamily kami. Dia memang superb , terbaik , dabomb la.  Malam sebelum majlis pertunangan.


Orangpaling kuat-kuat sekali. Tanpa mereka jugak, Tak gempak dan tak ada la makanan untuk sebarang majlis perkahwinan atau pertnangan atau pun kenduri . Masakan memang menjilat lidah weh .


Lah ? kemain lagi bebudak zaman sekarang. Kalau aku dulu-dulu, kemain kecut perut merut nak duduk pentas orang . Nak bajet macam pengantin , lagi la malu. Zaman sekarang dah tak hairan dah . Aku je terkial-kial malu dulu-dulu.


Si comel Aku . Lokman-Iris-Danish-Adila. Comel kan ? kaki bergmbar nie .


Ini pulak iklan apa ni ? iklan baby ke ? alolo. Tomelnya si kecil nie . Memasing budak zaman sekarang bergaya ye . Jeles i .


Taraaa ! Itu orang bertunangnya . Kak Ani . Umi aku paling rendah . Aku paling cun la walaupun hakikatnya tak cun langsung . Aku kisah apa?


Kah-kah . Ini bukan lah pengantinya atau orang yang bertunang ye . Ini adalah kami. Aku dengan abang sepupu yang memang suka nak usik aku. Setiap kali ade aku dalam apa-apa majlis, suka sangat sakat aku nak bergmbar dengan aku. Takpe la. Saudara kan .


Ini baru 0.5 % aku yang bergambar . Kalau semua bergmbar memang tak cukup la. Sebab ramai gila. Bayangkan adik beradik bapak aku je 20 orang . Aku yang umur 19 pun dah ade cucu tau . Bayangkan besarnya family kami.


Dalam Majlis pertunangan . Dalam masa yang sama Ade enam orang punya hari lahir. Jadi sekali sambut la. Aku tak ingat la sesiapa je. Tapi antara yang ade dekat-dekat dengan kek tu la birhtday girls and boys. Tapi jangan salah faham . Akak yang baju merah tu bukan bini abang baju hitam tu. tu sepupu je .

Alhamdlillah. Tamat. Penat memang penat. Macam la aku yang buat majlis ni sambil lorat nak penat nya. Tahniah kak Ani.

Laptop rosak



Sedang aku menikmat lagu-lagu dibelog yang baru je aku update. Azam pun berkumandang .Makanya aku terus bersiap-siap la. Dah maghrib kan .

Dah lepas bersiap . Masuk bilik je . Laptop yang sebelum ni aku tak de rasa apa-apa pun , tertutup. Eh ? matikah  ? saat itu aku mula nak mengalirkan air mata. Cis ! bajet gila.  Aku try bukak , aku tutup , aku bukak aku tutup , gaya macam nak selamatkan nyawa seseorang . Tapi tak hidup jugak .

Adoi! stress aku . Akhir sekali , aku bawak kedai .Nasib baik kena rm40 je . Kalau Rm400 ? memang terberanak la aku yang tak mengandung nie . Alahai ! sekarang bila laptop ku kembali sihat , aku rasa sayang sangat . Gila kau  !!! aku memang rindu laptop aku setengah mati weh . Sesak nafas aku tanpa dia . HAHA .

Tapi syukur la. . Baru je kejap tadi , abang tu hantar . Macam bos kan . Siap orang tu hantar ke rumah . kiki. Aku akan hargai laptop aku nie . jangan nakal-nakal ye laptop. Seksa beberapa hari tak online.kbaii

Rindunya dekat Madiha


Ish . Dia nie la satu-satunya manusia ye , bukan haiwan  yang selalu disisi aku saat aku aku merindukan sesorang . Alahai  . tetiba rindu dekat minah jiwang nie .

Baru lepas video call dengan dia . Alahai . Kecoh betul dia tu . Macam biasa la. Kecoh dengan crush-crush dia tu. Tahu la hot. HAHA . Bukan senang nak akui aku rindu tau . HAHA . kbaiii. Antara aku dan dia , aku paling cun melecun . HAHA .

Lebih 50,000 hadiri 'blackout 505' Seremban



 SEREMBAN Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat peringkat Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 50,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Himpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malam tadi itu berlangsung di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini.

Seperti siri himpunan di beberapa negeri sebelum ini, lautan hitam mewarnai himpunan sebagai tanda matinya demokrasi di negara ini pada hari pengundian 5 Mei lalu atau lebih dikenali sebagai 'blackout 505'.



























Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir malam tadi termasuklah Ketua Umum PKR Datuk Seri 

Anwar Ibrahim, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub serta pimpinan DAP termasuk Anthony Loke.

Anwar dalam ucapannya malam tadi turut menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya keluar dari negara ini.

Kenyataan itu dinyatakan Zahid dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Menurut Anwar kenyataan Zahid itu angkuh dan pada masa sama cuba menghina rakyat di negara ini.


"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar.

Sebelum ini, selain pimpinan Pakatan Rakyat, kenyataan Zahid itu juga turut dibidas Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Agus menjelaskan beliau terkejut dengan kenyataan tersebut dan menyifatkannya tidak wajar diungkap keluar dari mulut seorang menteri. 

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya. 

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.
“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

Atok nak datang melaka

Serius . Aku sangat bahagia bagai puteri raja bila dapat tahu yang atok merangkap nenek aku nak datang ke Melaka. Katanya nak jalan-jalan dengan cucu dia yang aku rapat tu . Dak siti Zubaidah tu. memang syok nak gila babeng taha dewa 19 la bila dapat tahu .

Almaklum la, cucu dengan nenek kan . Nenek ni mudah sangat nak beralah dengan cucu kan , senang nak buli nenek. Eh , kesitu pula dia nie . kiki.

Tapi ... Tapi .. Tapi.. ada orang yang telah menghancurkan kegembiraan aku yang menggunung nie . Benci betul la. Sibuk la paklong aku ni nak ikut sama. Aku bukan tak suka dekat paklong aku nie, cuma kalau dorang ada , terganggu privacy kitorang nak pergi jejalan. Bak kata sepupu aku , saje le tu nak suruh nenek aku sponsur percutiaan dorang.

Btw , kitorang ni takpe la. sebab kitorang pangkat cucu. normal tu nenek sponsur . eh , tp mak aku tak bagi nenek aku sponsur aku. dia marah , guna duit mak aku jugak, tp yang lain nie , seboleh-boleh nak guna duit nenek aku. Ape la. kacau daun betul.

Nak pergi melaka, pergi la Family dorang sendiri . Biarlah atok dengan sepupu aku tu naik bus. Baru syok kitorang je nanti nak pusing-pusing melaka. Ni ade je gangguan. Nanti mula la anak-anak dia yang kat KL tu datang sekali. So menyampah .

Ish , mesti korang rasa aku ni saudara yang teruk kan . Ade aku kisah ? aku punya rasa la. Mestilah ada sebab kenapa aku tak suka. Dah lantak . Hilang mood. benci betul la . Ish . kbaii . haha

teka-teki : Topup RM3

Assalamualaikum you Allss. Kebas kaki kejap lama sangat duduk . Kiki. tangan pun sakit yang amat walaupun dah diurut . Adakah benar ianya sudah pulih tanganku ini ? nantikan je lah esok bangun pagi tu masih sakit ke tidok .

Malam tadi . Ha , ni yang kak Kiah propa nak cerita ni .Amboi ! takde la. Malam tadi tak semena nak tidur dah malam tadi . Rajin pulak si Alia ni buat teka teki . Jum kita tengok soalan , dah jawapan yang diberikan oleh peserta yang sempoi !  nak tergolek aku baca jawapan mereka. Padahal orang yang sama je .




Kalau korang perasan . Jawapan kebanyakan yang diberi adalah 'gila' . Sebab ade pagel kan . Jawapan dorang sebenarnya ada je yang dah betul  . Tapi aku saje je nak mendera dorang . Aku nak jawapan yang seratus peratus same dengan aku . HAHA .

Kesudahannya , Semua dapat topup. Yang join semua dapat samaada betul atau salah . tahniah atas cubaan anda semua membuatkan aku jadi gila.Pserta semua kawan-kawan aku je. HAHA.

Ini pula soalan kedua. Soalan kedua ade pemenang yang jawab dengan tepat dan memang tak ada sangsi langsung jawapan dia . Siapakah dia ? tu . "hana Amylia". sebenarnya dia pun main taram je . Tapi nak buat macam mana . Rezeki .

Siapa nak join lagi . Tunggu nanti ye . Tak syok buat hari-hari . kbaiii

dah dapat baju 'blackout'



Assalamualaikum . Hari tu ade order baju 'blackout' dari blogger Apit. Memang cun habis la dia buat Simple tapi aku gilak babeng la suka. Suka sangat . Rasa macam tak sabar je nak pakai.

Serius . Masa balik dari ajar mengaji . Walid kata tu, ade surat dua tu. Hadiah ke ? aah , ingatkan dapat tudung yang ade sorang sponsur tu kata dia dah post . Rupanya bukan. Tudung tu masih tak dapat lagi . Baju apit pos la.

Memang aku macam orang gila tersengeh-sengeh memperagakan baju tu . HAHA . macam orang swel pun ade ha . Designnya . Kalau korang berminat . Aku baca blogger apit ade bukak tempahan kali kedua. Tempah la. kbaii.. Design nya . tu gambar dekat atas tu .

dah urut dah

Huh ! dah urut dah tangan tu . Esok lusa elok la tu . Aku terpaksa bangun awal pagi sebab nak kena urut. Ish , dah la suruh i berseksi. Tak moh la. HAHA . urut tangan memang supersakit la. dia tekan , mak oi . nak terkentut sakitnya .

Tapi nak buat macam mana. Nak elok kan , kena lah redho je sakit-sakit tangan tu. Huh  ! bengkak nie, keras je . Hope esok lusa elok la ye . kbaii

Tangan dah semakin pulih

Baru-baru ni baru je nak berangan yang tangan aku ni patah. ingat bebetul la patah sebab nak luruskan tangan pun tak boleh. Nak angkat barang pun tak boleh. Kan sekejap dalam dua hari tu dapat lah jadi puteri pemaisuri alia kejap.

Tapi bangun pagi tadi, tangan dah boleh lurus. Baru je berangan nak suruh kak Bibah urut , lepas sakit lagi, bawak kelinik, doktor kata patah. Yahuu! bestnya. Cis, hancur ditengah jalan impianku  bila tangan dah boleh lurus dan angkat barang.

Tapi sakit tetap masih ada la. cuma dah pulih sikit okay la tu pulih. Takde la aku seksa nak buat semua benda. kbaiii

Sambutan hari guru

Assalamualaikum readers . Selamat hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia. Ucap jugak pada diri kita, kerana sebenarnya setiap diantara kitta juga adalah guru. Mustahil la kita tak pernah ajar orang sesuatu. Hatta benda yang jahat. kiki.

So, hari ni kelas mengaji dan Fardu ain ada juga sambutan hari guru. Ummi masak bihun sup, order ABC, nuget, kentang, hotdog, lepas tu ade la coklat sikit-sikit untuk budak-budak ni.

Semua pelajar ada seramai empat puluh lebih la lebih kurang macam tu. Huh !pening nak layan budak-budak ramai macam ni. Dah la umur bawah 9 tahun memasing. Lasak.


Okay . Ini antara persiapan pada mulanya la.


Ini adalah sebahagian pelajar lelaki. 


Ini pula sebahagiaan pelajar perempuan. comel-comel kan ?


Masing-masing dah tak reti nak duduk diam , Tu , berebut bila dapat ABC tu . 


Taraaa ! pelajar kegemaranku. Amboi ! siapa ade kegemaran. Bukan apa, ni antara yang lasak, pandai mengaji, comel dan kuat mengadu dan suka buat kepalaku pening. dari kiri ' Irfan,Madi,Aiman,Muhammad,Imran


 si comel perempuan. Dari depan 'Umairah,Alya insyirah, alia batrisya,iman sofea,Atul,Damia, Farisa,Aina, Adawiyah, Nurin Nasuha,Fatina. Comel belaka. 


Itu ummi. Tenaga pengajar yang utama. Ade pelajar panggil , ustazah ummi, ade panggul MUSTAZAH pun boleh . Budak-budak.


Nah ! hadiah untuk ustazah ummi dorang tu , macam-macam. Selamat Hari ustazah pun boleh .


                                                                            T-A-M-A-T