Dapat post setalah sekian lama !


Assalamualaikum semua . Dah lama seorang kawan saya ni tak post kata-kata semangat tentang cinta or tentang perasaan saya . Today , dia berjaya buat saya terharu sekejap . Terima kasih Aida :)



See . Full English yaww . Seperti yang dia sedia maklum , saya ni memang lemah sikit dalam English . HAHA . Kekadang tu , boleh faham je sebenarnya , tapi malas nak fahamkan . Nak terus orang tu terangkan .

Tapi post kali ini saya gagahi juga diri ini untuk memahami satu persatu ayat dan perkataan yang dcoretkan itu. Heyy korang . Terkial-kial tau saya nak faham ayat tu . Tapi bila dah seratus peratus faham , rasa sedih sangat . Nak tahu kenapa ? sebab ayat ni BENAR 100%  .

Memang pun saya sanggup menunggu sebab dalam diam saya harap suatu hari nanti dia akan balas perasaan saya balik. walaupun ianya adalah perkara mustahil . Memang sangat mustahil. Memang benar , saya berharap saya akan dapat dia kalau saya sanggup tunggu sikit je la. Walaupun itu hanya angan-angan mat jenin .

Ayat nie memang sangat kena dengan diri saya . Memang sangat kena . Memang sebenarnya saya boleh je lupakan dia . Tapi saya yang tak nak ! Macam ayat tu . Sebab saya terlalu berharap dengan harapan yang tinggi . Membazir waktu je kan . Entah la --

Terima kasih kepada Doktor Cinta Pertama saya . Cik Farah Aida . Doktor Cinta kedua saya tu , saya sedang merajuk dengan dia . Wakaka . Merajuk tanpa pengetahuan dia . Lantak la. Wakaka . Serius , aku terkesan sangat dengan ayat nie . Tak tahu la kali ni kau baca ke tak entry aku nie . Ye la sebab post aku kan dah tak keluar lagi dekat home kau kan ? kiki . kbaii .


Gambar Lama tapi masih bermakna .


No comments: