Haiwan yang paling aku benci

Hai , Hari ni aku rasa nak cerita pasal haiwan yang sangat dan palinglah aku benci ? setiap dari kita mesti ade haiwan yang kita bencikan ? kan ? baik mengaku cepat . Kita benci sebab kita takut kan .korang ingat korang tu berani sangat ke sampai tak ada haiwan yang korang takut dan benci ? mesti ade kan . tak payah nak kerek berani sangat lah kan .

Okay , Yang pertama aku cukup benci dengan lipan . Lipan tau , bukan lipas . Lipan tu , aku takut sebab ianya sangat menyengatkan . err . Aku ingat lagi zaman muda-muda dulu, aku dengan kawan aku (kecik-kecik dulu tak guna mber, guna kawan je) . Kitorang join satu kem ni . Masa pagi tu, aku nak pergi lah mandi dalam tandas dengan kawan aku tu, namanya Asyikin. Aku punya syok mandi, time tu pulak part tengah syampu rambut, tetiba aku nampak benda merah duk lalu dekat celah kaki kawan aku tu . err . AKu pun apa lagi la, aku menjerit sekuat jiwa dan raga bakul aku la. terkejut kot ( sebenarnya bukan terkejut, tapi takut )  HIHI . lepas tu , si syikin tu pun terkejut dengan jeritan aku tu, dia trus lari ke sebelah aku tu .


Mesti tegang-tegangkan kaki dan badan korang tengok gambar haiwan yang suka menyakiti tubuh manusia nie kan . Kalau lah aku ade kekuatan aku nak je bunuh semua haiwan spesis cam nieh . tapi apa kan daya , kekuatan aku telah dicolek oleh cik lipan nie .

dia pun naik kejang lah tengok lipan tu . dah la merah . Huyaaai . kalau kena sengat tu, memang sekarang aku tak ade lah jadi wanita paling setia dekat APIUM nie ( takade kena mengena langsung)  Memang dah la merah , lepas tu menyala-nyala lak tu merahnya. seram akak . Aku menjerit tu habis lagi, sepanjang lipan tu duk jalan nak ke kitorang aku duk jerit je sekuat hati Aku ni kalau bab menjerit bagi je lah dekat aku. kompem aku boleh menang . HaHa .

Aku rasa duk teruja sangat aku nak menyerlahkan bakat aku yang memang power menjerit tu, alih-alih , aku tengok Makcik Lipan tu pun kedepan sikit dan terus pusing , seterusnya masuk ke dalam lobang dia balik. Aku rasa lah kan si lipan tu pun cakap macam nie 

sakit telinga aku dengar minah nie menjeri, dari aku mati dengan jeritan dia , baik aku masuk balik lobang ajaib aku tu ( ni dialog aku je la) 

Haiwan seterusnya aku  takut   bukan takut okayy , aku cuma geli dekat kucing , aku memang pantang dengan kucing , sebabnya asalnya aku suka jugak lah dengan kcuing . Alkisah satu hari , si kucing ni telah mengigit tangan aku , makanya aku mula membenci kucing sejak tu . Aku kkdang bersikap kejam bilamana aku akan menendang kucing yang perasan nak bermanja dengan aku tu .errr --


Macam mana ? mesti korang geramkan tengok kucing nie ? haha . tapi aku tak geram  . eh tak-tak . aku geram jugak . tapi aku geram rasa nak tendang je . Jahatnya aku kan . nak buat cam mana . aku geli sgt :(

Haiwa seterusnya ? entah la . Buat masa ni , dua ekor nie je yang aku ingat . Sebenarnya ade je lagi , tapi yang paling top sekali , dua ekor nie la . HiHi .klaa . byeee . Malam ni buat entry jiwang pulak la. HAHA

No comments: