Our preparation to Guangzhou & Shenzhen China

Hai uolls,
So hari ini nak update pasal trip ke China haritu. Ya Allah banyaknya berhutang dengan korang. Trip ke mesir yang dah 2 tahun pun tak habis update lagi, turkey pun masih ada hutang 1 entry dan china ni baru nak start.

So, Trip China ni pergi masa bulan April baru-baru ni. Tak tahu musim apa tapi Alhamdulillah cuaca sangat baik. Maybe bunga kot tapi takde lah bunga sangat. Entah lah labu, lu fikir lah sendiri. Yang penting dah lepas pun.

Apa yang menarik dalam trip kali ini, ianya sepatut disertai oleh 14 orang ( HAHAHHAHAHHA ) and semua dah beli tiket okey dan dah bayar pun tiket tu. Tapi akhirnya yang pergi hanya sehingga ke hari terakhir hanya 6 orang. sobs sobs.

Ini first trip  tanpa lelaki. Ya, masa singapore memang takde lelaki juga tapi masa tu Hanah ( kawan ) memang rakyat sana so tak kisah sangat. Ni pergi ke China yang boleh dikatakan antara tempat yang agak tidak selamat namuun kami gagahi juga walaupun seram meh.

Tapi tawakal banyak-banyak bila dah buat keputusan pergi tanpa lelaki. Bila fikir balik,kawan-kawan lelaki tu semua bakal kahwin dan aku satu hari nanti terpaksa gerak solo juga. So, latih je lah daripada sekarang

#foreveralone ( kahkahkahkah )

Maka terjadi lah trip ke guangzhou yang diketahui oleh aku. Eh? Takde sape ketuai, semua berkerja sama antara satu sama lain.

1- Passport

Rasanya semua tahu passport kena sah 6 bulan dari penerbangan. Check lah siap-siap okey!

2- Visa

Negara China merupakan salah satu negara yang memerlukan visa dari pelancong Malaysia. Pelancong negara lain? Ai tak tahu, tunggu ai kahwin dengan orang luar negara. Nanti baru ai cerita perlu ke tidak visa.

Cerita pasal Visa ni nak buat dia bukan main ramai lagi. Korang datang lah awal dalam jam 8 pagi dan keatas. Masa tu sekejap je urusannya. Kalau datang macam kitorang, silap haribulan salah sikit boleh bergaduh sebab penat tunggu beratur.

Apa yang diperlukan?


  • Passport 
  • Gambar passport 2 keping berlatarbelakang warna putih ( kalau warna biru tak diterima ) kalau buat dekat sana mahal giler dalam RM24. Print pun sekeping seringgit ( tak silap ) 
  • Salinan hotel yang korang dah book. Tak kisah lah hotel apa pun, letak je. Kalau belum book, korang book je apa-apa sebagai syarat lepas tu boleh cancel balik. Yang penting masa nak apply kena ada salinan hotel pada tarik tu. 
  • Salinan flight penerbangan. 

Kitorang ambil double entries sebab masa tu rancangan nak pergi Macau sekali. So, harga RM108.30 dan single entry RM88.30 ni untuk normal ya. Bukan express visa. Kalau express mahal lagi. Kalau korang nak pergi negara lain selain China dan nak balik Malaysia tu guna kat China semula, itu bermakna korang kena beli double entries. Sebab dikira keluar masak china dua kali. Walaupun dalam masa satu trip. 

Urusan nak buat senang je asalkan cukup semua bahan yang aku tulis tu. Bila nombor panggil kau kasi je semua benda alah nanti dia bagi tarikh suruh ambil. Dah settle, bayar pun masa nak ambil visa nanti. 

Alamat : HAMPISHIRE PARK 157, Jalan Mayang Sari, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

3- Flight

Should be at the first point. Tapi takpe lah dah termasuk bawah-bawah. Asalkan tak mengacau kehidupan korang dah ler. Flight jangan lpe nak book. Kitorang flight ke Guangzhou pergi balik RM240. Makan RM20 pergi balik dan luggage kitorang amik satu je sebab nak share-share je antara satu sama lain. Heaven lah kitorang check in kan seats kawan2 yg x jd pergi so dapat lah duduk dengan senang hati sbb ramai tak pergi. 

4- Hotel 

Okey, ini paling penting. Kalau tak, korang nak tidur mana kan? Aku dah tak ingat berapa harga semalam untuk satu bilik. Tapi apa yang aku ingat kitorang 6 orang bayar seorang RM200 untuk 3 jenis hotel. Alhamdulillah hotel dia memang sangat selesa. 

RM200 untuk 5 malam dan 3 jenis hotel. 

  • Mei Su Apartment Chimelong Brand 

 Belah tingkat atas ada dua katil queen  dan juga almari.
  • Ramada Hotel Shenzhen ( Dua bilik )

Bilik dekat Shenzhen ni kalau kau lalu je memang nampak terus lah mangsa yang sedang berada dalam ni. Kalau duk katil tu takpayah cerita memang tembus terus. Tapi mujur ada bar dan juga almari so mmg dikhaskan untuk tutup.. tapi was2 la weyyy  sentiasa pandang kanan kiri kot2 kawan pedajal. hahaha
  • Guangzhou Hakka Apartment Beijing Road

 LAWAAA KAN? hahahhaa

Apartment dia memang lawa nak matik wey. Nak menangis dibuatnya. Sumpah lawa dah rasanya bayaran kitorang bagi tu macam x setimpal. Ya Allah masa masuk je rasa nak menangis sebab lawa giler tahap nak meninggal empat belas kali. Dia punya staffs pun ramah je memang baik walaupun tak pandai cakap english. Mujur kawan kitorang Kak Esah pandai cakap china. Membantu lah juga. 

Cuma kebanyakan hotel kitorang duduk ni memang bilik dia sejenis honeymoon sikit cuma yang ketiga tu agar terpelihara kehormatan seseorang. HAHA.  Tapi memang cantik! Siap ada kerusi urut okey and staffs dia siap belanja lagi kerusi urut tu sebab aku xtau nak bayar guna wechat. Dengan dia tak tau nak terangkan last2 dia bayarkan je guna acc dia. muhahaa. 

5- Duit 

Duit kita tinggi daripada China namun taraf hidup dorang sangat tinggi. Tapi walapun tinggi takde lah teruk sangat. Sebab rasanya harga dia lebih kurang dekat Malaysia. Bila balik Malaysia, duit masih banyak lebih menyesal tukar banyak sbb ingatkan mahal sangat. Rupanya alhamdulillah okey je. 

6- tiket taman tema

Okey, pergi guangzhou memang aim dekat CHIMELONG PARADISE je sebab kitorang ni spesis yang suka sangat dengan roller coaster. Negara mana pergi mesti aim nak main taman tema dorang. Masa pergi mesir dulu pun nak main taman tema tapi masa tu mujur lah ada orang cakap tak selamat. Terus batalkan niat. 

Kalau beli tiket Chimelong walk in memang mahal lah. Mujur dan Alhamdulillah dalam kekalutan kitorang yang sangat serabut Allah permudahkan. Sepatutnya tiket ni mahal giler wey 180++ tapi kitorang dapat 140 bersih. Tu pun banyak sangat masalah transfer dekat laman web tu. 

Sebab rupanya kita transfer nanti bank akan charge dan orang sana dapat sikit je duit. So kitorang kena tambah lagi. Jadi masa tu dah down sebab dah putus asa lah wey. Orang sana suruh tambah. Geram sangat masa tu dengan bank sebab dia dah charge kitorang awal2 tu dekat cimbclick. Lepas tu charge lagi dekat dorang. Masa tu minta refund. Tapi sekali orang sana cakap tak apa lah kali ni dorang tanggung sebab kalau dorang refund macam tak berbaloi. Yelah, bila refund bank charge lagi jadi makin sikit. Tapi siap dia pesan lain kali jangan buat cam ni lagi. hihi

Dapat lah RM140 tak silap.

Tu je buat masa ni. Next time nak cerita mana kitorang gi. 

See you guys next time.



Review filem Secret Superstar

Haiii selamat malam--
Baru lepas balik tengok wayang cerita SECRET SUPERSTAR yang dilakukan oleh Zahirah Wasim ( dari filem danggal ) Meher Vij ( jadi mak dalam bajrangi baijan ) dan juga Amir Khan. Bohong lah korang tak kenal Amir Khan.


So, guys, ni nak review sikit pasal cerita ni.

Amir Khan memang sayang giler dengan bakat Zahira Wasim ni kalau korang tengok dalam promot dia tu bukan main ag.

Cerita ni mengisahkan seorang budak perempuan yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi. Mak dia antara orang yang paling support dia dari kecil tapi bapak dia memang tentang habis-habisan. Selalu pukul mak bapak dia sampaikan mak dia takut gila bila dia nak jadi penyanyi.

Sampai lah dia nak join satu pertandingan menyanyi sebab nak dapat laptop and internet percuma satu tahun tapi disebabkan bapak dia garang gila. Dia kuburkan je angan-angan dia. Esok tu mak dia hadiahkan dia laptop hasil dari jual mas ( ada kisah sebalik ni ) kena tgk kalau nak tahu.

Jadi bermula dari internet tu, dia viralkan suara dia dekat utube tapi pakai purdah sebab tak nak orang tahu siapa dia. Yelah, kalau bapak dia tahu yang penyanyi tu adalah dia, memang mati dia dikerjakan.

So, dia fames diserata India and Shakti Kumar ( Amir Khan ) masa ni adalah artis yang banyak gosip dan dia punya pelaburan dalam seni banyak merundum. Jadi dia approach budak ni jadi artis bawah dia. Mula-mula budak ni tak nak, tapi dsebabkan tekanan hidup dengan bapak dia. senyap-senyap dia fly ke India dan buat rakaman lagu.

Jadi kisah ni menceritakan macam mana remaja India yang nak kejar cita-cita namun dihalang oleh bapa. Bila ayah dia nak bawak dia pergi Arab Saudi sebab nak kahwin kan dengan lelaki sana. Sedangkan dia dah syok dekat budak sekolah dia yang banyak bantu dia. Crita ni memang first class lah sebab kelakar, sedih dan penuh kasih sayang.

Kasih sayang antara mak-anak. antara orang luar, antara peminat dan artis dan artis-artis. Macam mana mak dia makan hati dan akhirnya buat keputusan untuk fight untuk anak dia. Mungkin ada babak yang klishe tapi kebanyakkannya ini adalah realiti di India. Watak semua orang menjadi termasuk adik kecil dia.

Highly recommended!

Rating : 9.5/10